Bahagian Fardhu Penerimaan Faraid

Assalamualaikum Warahmatullah.

Berikut adalah senarai bahagian-bahagian fardhu bagi penerima faraid yang layak sepertimana yang telah ditetapkan oleh Islam. Semoga mendapat manfaat. InsyaAllah.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERDUA (1/2)
Mereka yang mendapat satu perdua (1/2) ialah:
01. Suami.
02. Anak perempuan.
03. Cucu perempuan daripada anak lelaki.
04. Saudara perempuan seibu sebapa.
05. Saudara perempuan sebapa.

Suami mendapat satu perdua (1/2)
Suami berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan isterinya jika isteri itu tidak meninggalkan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

Anak perempuan mendapat satu perdua (1/2)
Anak perempuan berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan bapa atau ibunya jika bapa atau ibunya tidak meninggalkan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak perempuan yang lain lagi samada seorang atau lebih.
02. Tidak meninggalkan anak lelaki.

Cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat satu perdua (1/2)
Cucu perempuan daripada anak lelaki berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan datuk atau neneknya jika datuk atau neneknya tidak meninggalkan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak perempuan samada seorang atau lebih.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak lelaki.

Saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu perdua (1/2)
Saudara perempuan seibu sebapa berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan saudaranya dengan syarat-syarat berikut:
01. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa yang lain samada seorang atau lebih.
02. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa.
03. Tidak meninggalkan datuk iaitu bapa kepada bapa.
04. Tidak meninggalkan bapa.
05. Tidak meninggalkan anak lelaki.
06. Tidak meninggalkan anak perempuan.
07. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
08. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.

Saudara perempuan sebapa mendapat satu perdua (1/2)
Saudara perempuan sebapa berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan salah satu daripada berikut:
01. Tidak meninggalkan saudara perempuan sebapa yang lain samada seorang atau lebih.
02. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.
03. Tidak meninggalkan datuk iaitu bapa kepada bapa.
04. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa.
05. Tidak meninggalkan anak lelaki.
06. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
07. Tidak meninggalkan anak perempuan.
08. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PEREMPAT (1/4)
Mereka yang mendapat satu perempat (1/4) ialah:
01. Suami.
02. Isteri atau beberapa orang isteri.

Suami mendapat satu perempat (1/4)
Suami berhak mendapat satu perempat (1/4) dari harta peninggalan isterinya bilamana ada meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:
01. Ada meninggalkan anak lelaki.
02. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Ada meninggalkan anak perempuan.
04. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

Isteri mendapat satu perempat (1/4)
Isteri atau beberapa orang isteri berhak mendapat satu perempat (1/4) dari harta peninggalan suaminya dengan syarat-syarat berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERLAPAN (1/8)
Mereka yang mendapat satu perlapan (1/8) seorang sahaja ialah:
01. Isteri atau beberapa orang isteri.

Isteri mendapat satu perlapan (1/8)
Isteri berhak mendapat satu perlapan (1/8) dari harta peninggalan suami bila suami meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:
01. Ada meninggalkan anak lelaki.
02. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelak.
03. Ada meninggalkan anak perempuan.
04. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

MEREKA YANG MENDAPAT DUA PERTIGA (2/3)
Mereka yang mendapat dua pertiga (2/3) ialah:
01. Dua orang anak perempuan atau lebih.
02. Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki atau lebih.
03. Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih.
04. Dua orang saudara perempuan sebapa atau lebih.

Dua orang anak perempuan mendapat dua pertiga (2/3)
Dua orang anak perempuan atau lebih berhak mendapat (2/3) dari harta peninggalan bapa atau ibunya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.

Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki mandapat dua pertiga (2/3)
Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) daripada harta peninggalan datuk atau neneknya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan dua orang anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan anak perempuan.

Dua orang saudara perempuan seibu sebapa mendapat dua pertiga (2/3)
Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa.
02. Tidak meninggalkan datuk.
03. Tidak meninggalkan bapa.
04. Tidak meninggalkan anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
06. Tidak meninggalkan anak perempuan.
07. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

Dua orang saudara perempuan sebapa mendapat dua pertiga (2/3)
Dua orang saudara perempuan sebapa atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.
02. Tidak meninggalkan datuk.
03. Tidak meninggalkan bapa.
04. Tidak meninggalkan anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
06. Tidak meninggalkan anak perempuan.
07. Tidak meninggalkan cucu perempuan dari anak lelaki.
08. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa samada seorang atau lebih.
09. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa samada seorang atau lebih.
05. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
06. Tidak meninggalkan anak perempuan.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERTIGA (1/3)
Mereka yang mendapat satu pertiga (1/3) ialah:
01. Ibu.
02. Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu samada seorang atau lebih.

Ibu mendapat satu pertiga (1/3)
Ibu berhak mendapat satu pertiga (1/3) dari harta peninggalan anaknya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan beberapa orang saudara samada lelaki atau perempuan dan samada seibu sebapa atau saudara sebapa ataupun saudara seibu.

Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu mendapat satu pertiga (1/3)
Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu berhak mendapat satu pertiga (1/3) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan bapa.
06. Tidak meninggalkan datuk.
07. Ramai dari kalangan saudara atau saudari seibu (2 orang atau lebih).
Tambahan:

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas fardhu suami
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas diambil bahagian suami.
Contoh: Isteri mati meninggalkan suami, ibu dan bapa. Maka suaminya mendapat satu perdua (1/2), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebih daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas fardhu isteri
Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas diambil bahagian isteri.
Contoh: Suami mati meninggalkan isteri, ibu dan bapa. Maka isterinya mendapat satu perempat (1/4), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebih daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERENAM (1/6)
Mereka yang mendapat satu perenam (1/6) ialah:
01. Bapa.
02. Ibu.
03. Datuk.
04. Nenek.
05. Cucu perempuan daripada lelaki samada seorang atau lebih.
06. Saudara perempuan sebapa samada seorang atau lebih.
07. Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu.

Bapa mendapat satu perenam (1/6)
Bapa berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan anaknya jika anaknya meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:
01. Ada meninggalkan anak lelaki.
02. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Ada meninggalkan anak perempuan.
04. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.

Ibu mendapat satu perenam (1/6)
Ibu berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan anaknya jika anaknya meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:
01. Ada meninggalkan anak lelaki.
02. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Ada meninggalkan anak perempuan.
04. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
05. Ada meninggalkan bebrapa orang saudara samada lelaki atau perempuan.Samada seibu sebapa atau saudara sebapa atau saudara seibu.

Datuk mendapat satu perenam (1/6)
Datuk berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan cucunya jika cucunya meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:
01. Ada meninggalkan anak lelaki.
02. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Ada meninggalkan anak perempuan.
04. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan bapa.

Nenek mendapat satu perenam (1/6)
Nenek berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta cucunya samada cucunya yang meninggal dunia itu mempunyai anak atau tidak. Samada nenek tadi sebelah ibu atau sebelah bapa. Nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa dan ibu kepada nenek-nenek tadi akan mendapat satu perenam (1/6) bahagian daripada harta pusaka cucunya bila nenak itu seorang diri sahaja. Sebaliknya jika nenek-nenek itu ramai umpamanya ada nenek sebelah sebelah ibu dan ada nenek sebelah bapa maka mereka itu akan mendapat satu perenam (1/6) dari harta cucunya dengan berkongsi. Nenek hanya boleh mewarisi harta pusaka ketika ketiadaan ibu.

Cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat satu perenam (1/6)
Cucu perempuan daripada anak lelaki samada seorang atau lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan datuk dan neneknya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan lebih daripada seorang.

Jika datuk atau nenek meninggal dunia ada meninggalkan anak perempuan seorang sahaja maka cucu perempuan dari anak lelaki mendapat satu perenam (1/6) dan anak perempuan yang seorang itu mendapat satu perdua (1/2). Jadi kalau dicampurkan bahagian cucu perempuan sebanyak satu perenam (1/6) dengan bahagian anak perempuan sebanyak satu perdua (1/2) maka jumlahnya adalah dua pertiga (2/3) dan inilah yang dikatakan sebagai ‘takmilah ath-thulthain’.

Saudara perempuan sebapa mendapat satu perenam (1/6)
Saudara perempuan sebapa samada seorang atau lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.
02. Tidak meninggalkan anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih. Jika saudara yang meninggal dunia ada meninggalkan seorang saudara perempuan sebapa samada seorang atau lebih mendapat satu perenam (1/6) dan saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu perdua (1/2). Jika dicampurkan bahagian saudara perempuan sebapa sebanyak satu perenam (1/6) dengan bahagian saudara perempuan seibu sebapa sebanyak satu perdua (1/2) maka jumlahnya adalah dua pertiga (2/3) dan inilah yang dikatakan sebagai ‘takmilah ath-thulthain’.

Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu mendapat satu perenam (1/6)
Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris berikut:
01. Tidak meninggalkan anak lelaki.
02. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.
03. Tidak meninggalkan anak perempuan.
04. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.
05. Tidak meninggalkan bapa.
06. Tidak meninggalkan datuk.
07. Dalam keadaan seorang diri (tidak boleh ramai).

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Bahagian Fardhu Penerimaan Faraid”

  1. jannah says:

    alhamdulillah. berguna sungguh info ini. teruskan usaha..

  2. admin says:

    Doakan saya agar sentiasa dapat neneruskan usaha seperti ini.

  3. rafieq says:

    Terima kasih atas usaha anda memberikan maklumat ini secara terperinci. Mudah2an Allah memberkati anda. Mungkin untuk rujukan lanjut, saudara boleh menyatakan sumber rujukan saudara. Terima kasih.

  4. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    to Rafieq:

    Di sini saya nyatakan rujukan penulisan saya ini antaranya:

    01. Nama kitab: Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam. Terbitan: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Penulis: Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim.

    02. Nama Kitab: Maqasid Syariyah Fil Ahwah al-Syahsiyah Dirasah Fiqhiyah Muqaranah. Terbitan: Universiti Al-Azhar. Penulis: Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Abu Taha.

    Wallahualam.

Leave a Reply

Powered by WordPress | T-Mobile Phones for Sale at BestInCellPhones.com | Thanks to Free Phones at iCellPhoneDeals.com, Free MMORPG Games and Fat burning furnace review