Bidaah Membaca ‘Sadaqallahulazim’?

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Persoalan Bidaahkah membaca ’sadaqallahulazim’ setelah berakhirnya membaca al-Quran? pernah ditanyakan kepada saya beberapa ketika yang lalu oleh seseorang melalui Yahoo Messenger. Namun pada waktu itu saya tidak dapat menjawab secara panjang lebar memandangkan pada ketika itu saya berada didalam mood exam dan apatah lagi kesibukkan meraikan bulan Ramadhan. Masih terasa rindu yang bersangat dengan berlalunya Ramadhan pada tahun ini. Moga-moga saya masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk bertemu semula Ramadhan pada tahun akan datang. InsyaAllah.

Saya tidak pasti bagaimana mereka yang berkata bidaah membaca ’sadaqallahulazim’ memahami maksud bidaah ini sepertimana para ulama muktabar memahaminya. Sesungguhnya tuduhan bidaah ini bukanlah suatu perkara yang boleh dikatakan sewenang-wenangnya terhadap sesuatu perkara itu. Pada saya, inilah di antara unsur-unsur fahaman Wahabi (atau Salafi Jadian) iaitu terlalu mudah menghukum bidaah atau sesat dan sebagainya lagi kepada orang lain. Semoga kita dijauhi dari fahaman yang membahayakan umat Islam ini. Aminnn.

FATWA KEHARUSAN MEMBACA ‘SADAQALLAHULAZIM’

Soalan:
Sesetengah manusia mengatakan: Sesungguhnya mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari selepas berakhir membaca al-Quran adalah bidaah. Tidak harus mengatakannya maka adakah ini benar?

Jawapan:

Aku memberi peringatan kepada masyarakat kebanyakkan agar tidak tergesa-gesa di dalam mengatakan dan menyifatkan bidaah ke atas amalan yang tidak berlaku pada zaman Nabi S.A.W. dan tidak pada zaman pensyariatan, dan daripadanya berkeras di dalam menyifatkan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka. Dan mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari atau siapa yang mendengarnya selepas berakhir dari membaca al-Quran, atau di sisinya mendengar ayat dari dari al-Quran bukan bidaah yang dikeji, pertama kerana tiada larangan yang khusus, kedua kerana berzikir kepada Allah dan mengigatinya adalah disuruh sebanyak-banyaknya, ketiga sesungguhnya para ulama mengatakan itu adalah adab-adab dari adab membaca al-Quran, dan mengucapkannya di dalam solat tidak batal, keempat sesungguhnya ungkapan ini datang di dalam al-Quran, dan ia dari kata-kata orang-orang beriman ketika berperang.

Firman Allah Taala bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) benarlah (segala yang difirmankan) Allah maka ikutilah kamu akan agama Ibrahim yang lurus.
(Surah ali-Imran: Ayat 95).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, “inilah yang dijanjikan Allah dan rasulNya (kemenangan) kepada kita”. Dan benarlah Allah dan rasulNya.
(Surah al-Ahzab: Ayat 22).

Dan disebut al-Qurtubi di dalam mukaddimah tafsirnya sesungguhnya al-Hakim al-Tarmizi mengatakan di antara adab-adab membaca al-Quran al-Karim dan berkata ketika berakhir membaca al-Quran: ‘sadaqallahulazim’ atau ayat ungkapan sama maknanya. Dan di antara kehormatan apabila berakhir membaca al-Quran sesungguhnya benarlah tuhanNya, dan penyaksian menyampaikan terhadap RasulNya S.A.W. (Contoh berkata bermaksud: Benarlah Allah Yang Maha Agung dan rasulNya yang mulia telah menyampaikan). Dan penyaksian ke atas kebenaran, maka berkata: Benarlah wahai tuhan kami dan menyampaikan rasul kmu dan kami menjadi saksi. Wahai tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan syuhada yang benar untuk mendirikan keadilan, kemudian menyeru dengan seruan.

Dan datang di dalam fiqh empat mazhab, dikeluarkan oleh Kementerian Wakaf Mesir, sesungguhnnya al-Hanafiah (mazhab Imam Hanafi) berkata: Kalau berkata di dalam solat dengan tasbih seperti: ‘sadaqallahulazim’ ketika selesai qari dari membaca al-Quran tidak membatalkan solat apabila dimaksudkan semata-mata pujian, zikir atau tilawah, dan sesungguhnya al-Syafieyah (mazhab Imam Syafie) berkata: Tidak batal secara mutlak dengan ucapan ini, maka bagaimanakah segelintir orang pada hari ii berkata: Sesungguhnya berkata: ‘sadaqallahulazim’, selepas berakhir dari membaca al-Quran adalah bidaah? Aku mengulangi sekali lagi amaran supaya tidak tergesa-gesa di dalam mengeluarkan hukum-hakam fiqh sebelum pasti kebenarannya.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akn berjaya.
(Surah al-Nahl: Ayat 116).

Rujukan:
Kitab: al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam. Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.

KESIMPULAN

Jangan terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain tanpa kajian dan ilmu yang mencukupi. Adapun membaca ’sadaqallahulazim’ pada akhir bacaan al-Quran al-Karim bukanlah bidaah yang sesat sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Bahan bacaan tambahan:
http://buluh.iluvislam.com/?p=21

buluh.iluvislam.com

Wallahualam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Bidaah Membaca ‘Sadaqallahulazim’?”

  1. bulu says:

    mari kita jauhkan diri dari bahaya WAHABBI!!!

  2. nurhafizah says:

    sy nak tanye… wahabi tu mmg fahaman sesat ke?

    n knape ade org kate org solat di masjidil haram, imamnye berfahaman wahabi?

    so slah ke solat berimamkn imam berfahaman wahabi?

  3. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Samaada Wahabi itu sesat ataupun tidak bukanlah saya yang boleh mengatakannya. Pihak yang berwajib sahaja yang boleh memutuskannya. Mereka terdiri daripada alim ulama, para mufti dan juga majlis-majlis agama.

    Tiada masalah untuk menjadi makmum di belakang mereka. Berimamkan seorang Syaih juga boleh ketika menunaikan solat.

    Wallahualam.

  4. Esmari says:

    betul2

  5. noor madihah mahamad says:

    Alhamdulillah…pd sy,penerangan ust ckup cntik n mudah difahami..syukran.mg Allah memberkati.

  6. Naufal says:

    To bulu: Jike awk kate Wahhabi itu bahaye, ape itu wahhabi? (=

    Sejarah Wahhabi:

    Dahulu terdapat suatu kampung di mane para penduduk kampung itu da terpesong. Majoriti sudah tidak mengamalkan agame Islam yg asal dr Allah s.w.t..

    Alhamdulillah, datanglah seorang hambe Allah ke kampung itu. Beliau bername Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliaulah orang yg cube sedaye-upaye untuk perbetulkan akidah & agame para penduduk kampung itu. Beliau tidak berjaye perbetul majoriti penduduk kampung itu. Make, pihak-pihak yg tak suke pd beliau telah menamekan ajaran benar & baik beliau sebagai Wahhabi.

    Sekarang sy tny awk bulu, adekah Wahhabi itu sesat? Dan mengepakah tidak dinamekan Muhammadi? Kerane mrk tahu Rasul terakhir mereke bername Muhammad. Jd, jgn suke2 kate org sesat org itu bahaye ke ape tanpe sebarang bukti yg kukuh.

    “Sesungguhnye yg baik itu dtg drpd Allah dan yg tak baik itu dtg drpd silap & kelemahan diri sendiri” (:

    Wallahua’lam…(:
    Assalamualaikum

  7. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Mengenai fahaman Wahabi, sila rujuk di sini:
    http://buluh.iluvislam.com/?p=41

    Wallahualam.

  8. sam says:

    salam.

    ulama salaf tak kata ucap sodaqallah itu bidah secara total.

    yang dikatakan bidah jika ia dianggap ibadah dan beriltizam dengannya sehingga ada yang menyangka ia jadi sunat atau wajib. atau jika dia menyangka kalau tak baca sodaqollah akan menjadi kurang dan tidak sempurna bacaan qurannya.so hukum asalnya harus

    ada orang menyangka baca sodaqollah itu termasuk adab membaca quran.. soalannya adakah rasulullah membaca sodaqallah setiap kali baca quran? tiada satu pun riwayat rasulullah membaca sodaqallah.. bahkan tiada satu sahabat pun membaca sodaqallah… ada sesiapa berani kata rasulullah dan sahabat2nya tak beradab dalam membaca quran?

    adapun perbahasan ulama tentang sebut sodaqallah ketika solat bukan perbahasan tentang adab baca quran, tetapi tentang adakah perkataan itu membatalkan solat atau tidak.

    hakikatnya semua mazhab dan semua ulama tidak menganggap perlu membaca sodaqallah ketika selesai baca surah atau fatihah ketika solat.

    tak taulah pulak kalau ada yang akan fatwakan kene baca sodaqallah setiap kali lepas baca surah dalam solat.. takut tak beradab.

  9. ex-wahabi says:

    salam sedare sam..
    mslhnya wahabi kata sesiapa shj yg baca sodaqollah adalh bidah..xkira sama ada secara melazimi @ xmelazimi..baik sedara pergi tegur puak2 wahabi..kata kt dorg kata2 cmtu bkn dr salaf..huhuhu.. :-)

  10. hamdi says:

    salam satahu ana di Mesir dulu ana pernah terbaca dari kitab kumpulan jemaah ansarus sunnah mesir yg diantara kumpulan yg seangkatan dengan wahhabi mengeluarkan fatwa bidaah tentang bacaan tasdiq (sodaqALLAHUl a’zim) setelah selesai membaca Al Quran.
    bagi pendapat ana mencontohi Nabi s.a.w dari sudut adab tilawah dengan mengucapkan tasbih tahmid takbir ataupun seumpamanya seprti ta’zim tahlil berdoa tidaklah sampai kepada hukuman Bidaah walaupun tidak sama lafaz bacaannya diriwayatkan daripada huzaifah r.a bahawa Nabi s.a.w ketika melalui ayat2 rahmat beliau s.a.w akan bermohon apabila melalui ayat azab beliau s.a.w akan memohon perlindungan dan apabila melalui ayat yang terkandung didalam ayat2 mensucikan Allah beliau akan bertasbih. H.r Ibn Majah (1351)dan Imam Ahmad dlm Musnadnya namun dlm hal tasdiq kita boleh memakai kaedah qias berlandaskan adanya illah dan nas secara tidak langsung sebagaimana untuk mengiklankan setiap permulaan bacaan adanya bacaan istiazah makan tasdiq diakhir juga sebagai pemberitahuan berakhirnya bacaan namun hendaklah bacaan itu berbeza cara suara menyebutkannya dengan cara suara membaca Al Quran kerana ia bukannya dari ayat Al Quran dan hukum tasdiq ini bolehlah di hukumkan ibahah (harus) sebagai bentuk pemberitahuan dan peringatan dan pembenaran kalam Allah dan menta’tzim dan memuji Allah s.a.w. dan warid dari Imam At Tarmizi sebagaimana di yg telah disebut diatas artikel maka pendekatan bidaah secara langsung dalam hal tasdiq tidak menepati kaedah usul feqh samada usul feqh bermanhaj ahli hadis mahupun ahli feqh dan amat tidak munasabah lagi untuk menyatakan mereka adalah sesat dan di masukkan kedalam neraka melalui lebel bidaah yang ternyata silap ….

  11. hamdi says:

    adapun dalam solat memang terdapat khilaf dalam mazahib cuma utk saudara sam penghukuman Bidaah secara umum dan mutlak perlulah dirujuk dengan lebih teliti keseluruhan cara dan kaedah perlaksanaannya serta dikhususkan pada bentuk yg boleh dikatakan bidaah dan bukan bidaah agar hukuman itu tidak tersasar dari manhaj salaf mahupun khalaf.

  12. Esma says:

    hehe,bid’ah-bid’ah tak main bro.

Leave a Reply

Powered by WordPress | T-Mobile Phones for Sale at BestInCellPhones.com | Thanks to Free Phones at iCellPhoneDeals.com, Free MMORPG Games and Fat burning furnace review