PENDAHULUAN
Artikel ini telah diterbitkan oleh majalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) keluaran 2/2009. Artikel ini saya sediakan secara ringkas dan padat agar pembaca yang kebayakkannya terdiri dari masyarakat awam dapat memahami isi kandungan yang ingin saya sampaikan ini dengan mudah. Saya juga berdoa agar usaha dakwah saya yang tidak seberapa ini akan berterusan dan mendapat keredhaan dari Allah Taala.
Berikut adalah artikel asal yang bertajuk Islam dan Iman:
Apa Itu Islam?
Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01. (penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah Taala (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.
03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa Itu Iman?
Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:
01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).
Apakah Persamaan Dan Perbezaan Di Antara Islam Dan Iman?
Dari perbincangan di atas maka dapatlah kita ketahui bahawa Islam dan Iman adalah dua hakikat yang berbeza dari sudut bahasa dan syarak. Oleh itu, apabila disebut salah satu daripadanya itu maka ia juga memberi makna kepada yang satu lagi. Iman tidak dikira tanpa Islam sepertimana Islam juga tidak dikira tanpa iman kerana kedua-duanya saling memerlukan. Jadi mestilah beriman dengan hati serta beramal dengan anggota tubuh badan. Namun jika ia disebut kedua-duanya sekaligus dalam satu ayat yang sama maka masing-masing mempunyai makna yang berbeza untuk diperjelaskan.
Bagaimanakah Iman Yang Sempurna?
Keimanan yang sempurna mestilah membenarkan (meyakini) dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Inilah ciri-ciri serta syarat-syarat untuk mendapat kesempurnaan iman itu. Namun kesempurnaan iman tidaklah hanya terletak pada Rukun Iman sahaja bahkan ia lebih luas untuk diperbincangkan di sini. Antara contohnya:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat keredhaan Allah Taala serta mendekatkan diri kepadaNya. Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Muaz R.A. telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang iman yang paling afdhal (baik) maka baginda S.A.W. menjawab:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Engkau mengasihi untuk manusia sesuatu yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau membenci untuk mereka sesuatu yang engkau benci untuk dirimu sendiri.
(Riwayat Ahmad).
Apakah Matlamat Ibadat?
Ibadat yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah gambaran dan bentuknya yang boleh dilihat dengan pandangan semata-mata akan tetapi yang dikehendaki oleh Islam dengan ibadat ialah tujuan serta makna dan pelaksanaan sesuatu ibadat itu. Oleh itu, tiada manfaat solat yang tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tiada faedah juga puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan kebatilan. Walaubagaimanapun tidaklah beerti kita boleh meninggalkan ibadat jika tidak mencapai hasilnya akan tetapi yang dikehendaki di sini ialah sentiasa berusaha membawa diri supaya ikhlas dan cuba mencapai segala tujuannya. Kesimpulannya: Kita memahami bahawa Islam itu adalah terdiri daripada aqidah dan amalan. Maka tiada manfaat serta faedah tanpa iman sebagaimana tidak wujud iman tanpa amalan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah ali-Imran: Ayat 19).
buluh.iluvislam.com
Wallahualam.

Posted in 
Salam. Lama Ustaz Shidi tak menulis, saya doakan ustaz senantiasa beroleh ilmu utk dikongsi dan dianugerahkan juga dengan ruang waktu untuk menulis dan berkongsi ilmu2 yang diperolehi. Perihal petikan ini “Oleh itu, tiada manfaat solat yang tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tiada faedah juga puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan kebatilan.” Bagaimana kalau ada Muslim yang menggunakan huraian ini sebagai alasan untuk meninggalkan terus rukun Islam ini, selain daripada keikhlasan yg disebut apakah lagi hujah yang boleh diberi kepada golongan sebegini.
Waalaikumussalam Warahmatullah.
Pohon maaf kerana lambat untuk memberikan maklumbalas semula. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya.
Kata-kata itu bukanlah hujjah untuk orang Islam meninggalkan ibadat seperti solat dan puasa kerana perintah itu adalah perintah wajib. Ia merupakan satu dorongan agar orang Islam sentiasa beribadat dengan ikhlas kepada Allah Taala dan menjadi mukmin sejati dengan meninggalkan segala kebatilan.
Wallahualam.
Assalamu alaikum Sdr Rashidi,
Bagaimana dgn para nabi sebelum Nabi Muhammad yg juga dipanggil muslimin. Mereka juga islam kan ?
Sekiranya benar, maka islam yg kita anuti sekarang ialah Muhammadan Islam , betul ke ?
Sekian. Terima kasih.
salam , saya nak mengatakan sesuatu yang saya nk gunakan artikel ni sebagai assgnment saya tapi sya x ciplak .sya suka sgalanya tentang blog ini kerana ia beri ilmu pda generasi muda seperti saya yang msih tercari2 erti hidup.. trima ksh yang amat kpada phak yang terlibat.
salam.
Asyairah bercangggah daripada ahlisunnah dalam masalah iman.
menurut asyairah, iman itu apa yang dibenarkan oleh hati sahaja.
sedangkan menurut ahlisunnah. iman itu membenarkan dengan hati, iqrar dengan lisan dan beramal dengan anggota.
sebab itu bagi asyairah, orang yang beriman tetapi tidak dilafazkan dengan lidah dikira beriman (subhanallah jauhnye mereka daripada ahlisunnah)
antara yang berfatwa begitu adalah albaqilani dan aljuwaini.
lihat juga kitab FURU’ AL-MASAIL WA USUL AL-WASAIL yg dsusun semula oleh dato, hassan din alhafiz..
berikut saya nukilkan..
“Soalan: jika seseorang itu hanya beriman atau sekadar mempercayai dalam hatinya sahaja tanpa menyebut dengan lidahnya. adakah iman seperti ini memberi faedah kepadanya dihari akhirat nanti ataupun tidak? apakah perlu dipisahkan antara oprang yang beriman dan berikrar dengan lidahnya dengan mereka yang beriman tetapi tidak berikrar dengan lidahnya?
Jawaban: orang yang beriman dan hanya mempercayai dalam hatinya sahaja tanpa berikrar atau menyebut dengan lidahnya adalah dikira sebagai orang yang beriman kepada Allah swt. berikrar dengan lidah itu sebagai syarat melaksanakan hukum dunia seperti melafazkan niat dilidah ketika hendak menunaikan solat, menyebut dilidah ketika hendak membahagikan harta pusaka, begitu juga ketika hendak berkahwin dan begitulah seterusnya” tamat nukilan
subhanallah subhanallah… terpesongnya mereka dari ahlisunnah..
sesungguhnya abu talib paman rasulullah itu amat percaya dengan dakwah baginda tetapi oleh kerana beliau tidak beriqrar dengan syahadah islam maka tidaklah ia dikira beriman.. kalaulah dengan beriman dihati sahaja sudah memadai beliau dianggap beriman, maka sudah tentu rasulullah tidak bersedih dan tidak berdoa agar Allah ringankan azabnya di neraka.
subahanallah
Assalamualaikum saudara Sam.
Hanya orang bingung dan taasub dengan pegangan kelompok sendiri sahaja akan mengatakan Asyairah bukan dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jika Asyairah bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka siapakah Asyairah pada pandangan saudara? Adakah Asyairah ahli bidaah yang sesat? Manakala Wahabi sahaja aliran yang benar dan akan dimasukkan ke dalam syurga?
Sebenarnya kutukan saudara terhadap Asyairah tidak sedikit pun mengurangkan kelebihan dan kebenaran yang dibawakan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah. Allah SWT akan sentiasa menjaga Asyairah walaupun saudara berupaya mengutuk/menghujam Asyairah di blog ini setiap hari. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa ulama muktabar dunia Islam majoritinya dari aliran Asyairah dan Maturidi. Saudara mampu mengubah sejarah ini?
Apa yang pasti, Allah SWT akan menonjolkan/membongkar kebodohan dan kebingungan kelompok yang menghukum Asyairah tanpa hak. Salah satu contohnya, daripada tulisan saudara di atas, Allah SWT terus menampakkan saudara tidak memahami perbahasan dalam membezakan antara rukun dan syarat bagi iman. Lalu terus saudara menghujam Asyairah kononnya tidak sependapat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sedangkan Asyairah itu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah Asyairah.
Wallahualam.
P/S: Saya kira saudara pasti tidak berpuas hati dengan tulisan saya ini. Kerana dasar golongan Wahabi tidak akan mengaku kalah walaupun kebenaran tidak berpihak kepadanya. Saya ingin menunggu jawapan saudara tentang persoalan yang saya kemukakan itu untuk membenarkan kata-kata Imam Abu Zahrah bahawa Wahabi tidak akan mengaku kalah.
salam
tuan admin menulis
Salah satu contohnya, daripada tulisan saudara di atas, Allah SWT terus menampakkan saudara tidak memahami perbahasan dalam membezakan antara rukun dan syarat bagi iman.
jawaban saya
sepatutnya tuan admin jawab dulu dan selesaikan dulu apa yang difatwakan dalam kitab furu’ masail diatas. saya rasa ayat itu sangat jelas bahawa asyairah berpendapat seorang itu telah dikira beriman tanpa perlu ucap syahadah..
adapun kias antara lafaz syahadah dan lafaz niat solat adalah kias batil lagi fasid. kerana syahadah itu wajib dan syarat sah bagi iman, manakala lafaz niat solat itu sunat je, itu pun bagi mazhab syafiie jee.. jelas kiasnye batil dan fasid
adapun kias lafaz syahadah dengan lafaz nikah, hujahnya memakan asyairah sendiri.. sebab tak sah nikah jika tiada ijab dan qabul… lafaz ijab dan qabul adalah rukun dan sekalugus menjadi syarat sah nikah.
yang saya nampak saudara admin tak menjawab permasalahan yang saya bawa.
Tuan admin menulis
Allah SWT akan sentiasa menjaga Asyairah walaupun saudara berupaya mengutuk/menghujam Asyairah di blog ini setiap hari. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa ulama muktabar dunia Islam majoritinya dari aliran Asyairah dan Maturidi. Saudara mampu mengubah sejarah ini?
jawaban saya
tidak ada kaedah dalam islam yang mengatakan jumlah yang majoriti menunjukkan kebenaran.. kaedah mane ye tuan admin ambil?
sebenarnya asyairah bukan pegangan majoriti dunia islam.. kerana realiti umat islam telah berpecah kepada 73 kumpulan, ahlisunnah adalah 1 per 73 umat islam.. justeru jangan sekali2 berbangga dengan jumlah yang banyak.
dan realitinya mazhab syiah sendiri menguasai hampir separuh dunia islam.
dari sudut sejarah juga, asyairah dan maturidiyah bukan pegangan majoriti. kerana sebelum dari itu muktazilah telah menempa sejarah menjadi mazhab agong kerajaan Abassiyah.. pada zaman itulah imam ahmad diseksa.
tuan juga jangan berbangga dengan universiti al-azhar, kerana sejarah membuktikan al-azhar pada awal dulu dikuasai oleh mazhab syiah.
saudara admin nii macam tak baca sejarah jee..
sekarang boleh tuan admin jelaskan apa syarat, syarat sah dan rukun bagi iman?
Saya kira saudara yang tidak faham antara rukun dan syarat sah kesempurnanan iman. Kenyataan dalam kitab Furu al-Masail karangan Syeikh Daud Fatani adalah sama dengan kenyataan Imam al-Baijuri dalam karyanya Tuhfat al-Murid. Kenyataan di atas merujuk kepada syarat sah kesempurnanan iman, sedangkan rukunnya berkaitan dengan hati. Saya kira saudara tentu faham isi kandungan kitab Tuhfat al-Murid kerana ia dijadikan kitab rujukan utama dalam matapelajaran akidah di al-Azhar.
Selain itu, saya tidak membuat sebarang Qias Ma’al Farikq antara lafaz syahadah dan nikah sepertimana dakwaan saudara.
Sebenarnya ada hujah dalam Islam tentang majoriti berdasarkan hadis al-Jamaah yang diriwayatkan dalam pelbagai sanad. Menurut kajian The Royal Islamic Strategic Studies Centre, aliran Asyairah dan Maturidi merupakan pegangan majoriti umat Islam dengan 96 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia ini adalah Asyairah dan Maturidi. Bahkan al-Allamah Prof Dr al-Qaradawi turut menyokong kenyataan ini iaitu ketika beliau mempertahankan Universiti al-Azhar yang menjadikan Asyairah sebagai pegangan rasminya (sila rujuk: http://www.islamonline.net). Oleh itu, benarlah kenyataan Imam al-Zabidi yang mengatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalangan Asyairah dan Maturidi.
Jadi, pada pandangan saudara, siapakah yang tidak membaca sejarah atau kajian tentang perkara ini?
Saya kira, saudara lebih banyak tidak menjawab persoalan saya di atas.
Saya ulangi:
P/S: Saya kira saudara pasti tidak berpuas hati dengan tulisan saya ini. Kerana dasar golongan Wahabi tidak akan mengaku kalah walaupun kebenaran tidak berpihak kepadanya. Saya ingin menunggu jawapan saudara tentang persoalan yang saya kemukakan itu untuk membenarkan kata-kata Imam Abu Zahrah bahawa Wahabi tidak akan mengaku kalah.
Wallahualam.
tuan admin menulis
Selain itu, saya tidak membuat sebarang Qias Ma’al Farikq antara lafaz syahadah dan nikah sepertimana dakwaan saudara.
jawaban saya
dalam ayat mana yang saya kata tuan yang buat kias… bukankah saya naqd kias yang dibuat oleh kitab furu’ masail… jangan gelojoh mas.
tuan admin menulis
Menurut kajian The Royal Islamic Strategic Studies Centre, aliran Asyairah dan Maturidi merupakan pegangan majoriti umat Islam dengan 96 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia ini adalah Asyairah dan Maturidi.
jawaban saya
hehehe kalau orang statistik baca pun ketawa.. dengan 96% asyairah dan maturidiyah… justeru baki 72 firqah tuu tolong bagikan statistiknya.
kalau nak tipu pasal statistik kuantitatif, janganlah over sangat.
so tolong tuan admin pecahkan pulak baki yang 4% tu kepada 72 firqah ye..
syiah brp %
muktazilah brp %
murjiah brp %
khawarij brp %
qadariyah brp %
jabariyah brp %
jahamiyah brp %
dan yang lain2 lagi tu ye.
kemudian nyatakan bagaimana data tu diperoleh ye.. mana tau kalau2 dapat masa mimpi
hehehe kelakarlah tuan admin… kalau belajar statistik, congak pun tau data 96% tu tipu.. hehehe.. mujurlah saya ni belajar statistik.
tuan admin menulis
Kenyataan dalam kitab Furu al-Masail karangan Syeikh Daud Fatani adalah sama dengan kenyataan Imam al-Baijuri dalam karyanya Tuhfat al-Murid. Kenyataan di atas merujuk kepada syarat sah kesempurnanan iman, sedangkan rukunnya berkaitan dengan hati.
jawaban saya
apapun alsan tuan admin natijahnya menurut asyairah ialah SESEORANG YANG PERCAYA DENGAN HATINYA DIANGGAP BERIMAN WALAUPUN TIDAK MENGUCAPKAN SYAHADAH.
adakah menurut tuan admin abu talib dikira beriman?
Hakikat yang nampak di sini, saudara tidak menjawab pertanyaan saya! Saudara hanya pandai memutar-belit ayat bagi menunjukkan saudara berada di pihak yang benar walaupun hakikatnya tidak begitu. Beginilah sikap sebenar kelompok Wahabi yang jelas Allah SWT tunjukkan kepada para pembaca sekalian. Alhamdulillah.
Terpulang kepada saudara sama ada hendak menerima statistik berkenaan atau tidak, sama ada hendak menganggap saya sedang berlawak atau tidak. Kerana kajian tersebut tetap valid untuk terus dijadikan hujah walaupun saudara tidak bersetuju. Orang juga akan ketawa jika melihat saudara menyanggah satu kajian yang dilakukan oleh sebuah pusat kajian Islam yang diiktiraf dunia.
Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman saya berhujah dengan Wahabi, saya melihat gelagat saudara adalah sama sahaja dengan pengikut Wahabi yang lain. Iaitu saudara tidak sanggup menerima kebenaran dan suka memutar-belit ayat/topik bagi menampakkan diri mereka berada di pihak yang benar.
Wallahualam.
salam untuk jawapan itu cuba lihat apa berlaku kepada sahabat nabi ammar ibn yaasir beliau pernah mengungkapkan kalimat syirik tetapi beliau tidak dihukum kafir oleh Rasulullah s.a.w atas ucapannya ……kerana apa? Rasulullah s.a.w bertanya kepada nya “wa kaifa tajidu qalbaka ya Ammar? Ammar r.a tetap beriman di hatinya walaupun ucapannya berlawanan lantas turun ayat 106 dlm surah an nahl (sila rujuk kitab asadul gabah , al isobah , sifatus sofwah, al istia’ab dan as sirah an nabawiah libni Hisyam) walaupun hal ini berlaku dalam darurat dan dipaksa namun keimanan didalam hati adalah penentunya maka dengan sebab itu di dalam mazhab asyairah ia dikira beriman bukankah setiap amalan itu dilihat dari segi niatnya (rujuk Hadith yg dirwtan Bukhari n Muslim) Allah berfirman Katakan jika kamu sembunyikan atau kau nyatakan isi hatimu pasti Allah mengetahui (Ali Imran 29) lihat Firman Allah dlm surah Al Haj 38 dalam nas2 diatas semua meunjukkan niat qasad adalah penentu apatah lagi dalam keimanan adakah dikira beriman bapa munafiq dimadinah walaupun solat bersama rasulullah mengucapkan kalimah syahadah namun hatinya tidak beriman maka ia tetap dikira tidak beriman dan munafiq, Allah kan menilai apa yg lahir dihati dan keyakinan (Rujuk Hr Muslim) bukan asasnya diucapkan dimulut sahaja maka untuk menjernihkan persoalan dari kekeliruan dalam kitab furu al masail maka kita rujuk balik kitab sirah dan apa yg berlaku pada Abu Talib tidak dikira beriman kerana beliau menolak ajakan Nabi s.a.w untuk beriman di saat 2 akhir dan yakin dengan ajaranNya s.a.w walaupun beliau membantu dari sudut politik dan perlidungan kepada baginda s.a.w namun hati dan ucapan Abu Talib tidak mahu menerima keimanan yg disampaikan Nabi s.a.w sampai diakhir hidupnya walaupun ia mendengar hujjah2 dan membantu Nabi s.aw inilah namaya hidayah jadi sam hujjah cerita abu talib tidak dapat menolak apa yg dipegang oleh Mazhab Asyairah kerana fakta yg disebut dalam kitab sirah tidaklah sebagaimana yg difahami oleh sam kesimpulannya niat keikhlasan keimanan nya keyakinan dan kepercayaan asasnya dihati adapun ikrar di lisan pembuktian dengan amalan maka sam tak perlu susah hati apa yg dinyatakan dalam mazhab asyairah nahnu nahkum bizzawahir Allahu yatawalla bissarair wallahu a’lam
mengenai sejarah Al azhar puak syiah dan kerajaan Fatimiah adalah pengasas Al Azhar namun telah diambil alih oleh Ahli Sunnah dan aqidah penduduknya pun telah diperbaiki terutamanya dizaman Sultan Salahuddin Al Ayyubi maka saudara Admin pada pendapat ana bukan berbangga dengan pengasas al azhar dan syiahnya tetapi berbangga dengan sumbangannya dari sudut ilmu dan ulama2nya dan apa yg dipelajari di al azhar tidak terbatas pd aqidah salaf shj begitu juga buku2 rujukan tiada yg menghalang untuk merujuk selain kitab2 ulama salaf seperti disesetengah universiti negara arab bahkan aqidah yg memperkukuhkan lagi aqidah salaf seperti dari khalaf turut dipelajari adapun aliran 2 dan mazhab 2 serta falsafah lama dan moden yg sesat dsb dipelajari hanya sabagai pengetahuan, perbandingan dan kritikan maka inilah dasar keterbukaan tetapi dikawal.
bahkan mereka yg tidak bersetuju dengan subjek2 tertentu seperti mantik tidak dipaksa untuk mengambilnya bahkan diberi alternatif lain.
adapun masalah mengucap 2 kalimah syahadah pada aqidah asyairah tetap merupakan kewajiban yg ditetapkan cuma perbahasan diatas adalah masail sahaja maka dengan sebab itu apa yg dipetik dari sesetengah kitab bukan menunjukkan keseluruhan aqidah asyairah kerana takkan mungkin dan mustahil dalam keadaan normal dan tidak darurat seorang yg yakin dan beriman tidak mengucapkan 2 kalimah ini bukankah ia akan solat dan membaca tasyahhud dsb maka perbahasan yg dibincangkan dalam furu al masail adalah masalah 2 tertentu dan bukan membincangkan keseluruhan dari manhaj aqidah asyairah dan aqidah asyairah ataupun maturidiyyah hanyalah memperkukuhkan lagi manhaj salaf dan bukan bersalahan pada dasarnya.
salam
saudara hamdi menulis
apa yg berlaku pada Abu Talib tidak dikira beriman kerana beliau menolak ajakan Nabi s.a.w untuk beriman di saat 2 akhir dan yakin dengan ajaranNya s.a.w walaupun beliau membantu dari sudut politik dan perlidungan kepada baginda s.a.w namun hati dan ucapan Abu Talib tidak mahu menerima keimanan yg disampaikan Nabi s.a.w
sam menulis
jawaban saudara hamdi tentang abu talib sama dengan jawaban ahlisunnah.. cuma sedikit persoalan ialah, bagaimana saudara hamdi boleh mengatakan hati abu talib tidak mahu menerima keimanan.. bukankah masalah hati itu hanya Allah sahaja yang tahu.ahlisunnah menghukumkan abu talib kafir kerana beliau tidak mengucapkan syahadah, ahlisunnah tidak membincangkan apa yang ada dalam hati abu talib.
justeru ahlisunnah meletakkan syarat seorang itu dikira beriman mestilah beramal dengan hati dan anggotanya..
sekiranya dia lafazkan syahadah tetapi hatinya ingkar dinamakan munafik.dia mendapat jolokan muslim didunia, diakhirat masuk neraka paling bawah
sekiranya dia tidak melafazkan syahadah walaupun hatinya beriman, dia dikira kafir didunia dan kafir diakhirat.
jadi apa yang difatwakan oleh kitab furu’ masail sangat bertentangan.
saudara hamdi menulis
cuba lihat apa berlaku kepada sahabat nabi ammar ibn yaasir beliau pernah mengungkapkan kalimat syirik tetapi beliau tidak dihukum kafir oleh Rasulullah s.a.w atas ucapannya
sam menulis.
masalah ammar tiada kene mengena dengan isu berkaitan kitab furu’ masail… sebab ammar telah mengucapkan syahadah. adapun yang dibincangkan ialah bagi orang yang beriman tetapi tidak mengucap syahadah.
wallhua’lam
bagi kes ammar.. ia termasuk perbincangan “murtad setelah beriman”..
manakala perbincangan kitab furu’ masail ialah adakah dikira mukmin walaupun tidak mengucap syahadah.
wallhua’lam.
salam
lagi cerita pasal iman
Ahlisunnah beriman alquran adalah kalamullah bukan makhluk, lafaz2 alquran adalah daripada Allah, jibril hanya menyampaikannya kepada Rasulullah, tanpa mengubah ibarat dan susunannya.
imam ahmad melarang seseorang daripada berkata” quran yang aku baca dan aku dengar adalah makhluk”.
Tetapi asyairah berpendapat alquran yang ada dibumi adalah makhluk. Sebahagian mereka berpendapat Allah menjadikan kalamnya makhlkuk yang ditulis di luh mahfuz, kemudian jibril membaca dan menyampaikannya kepada rasululullah. Manakala sebahagian mereka berpendapat Allah mewahyukan kepada Jibril kemudian jibrillah yang membentuk ibarat atau lafaz, jika disampaikan wahyu kepada musa maka jibril akan menggunakan bahasa ibrani, jika disampaikan kepada isa digunakan bahasa siryani dan jika disampaikan kepada Muhammad digunakan bahasa Arab.
Bagi asyairah kalamullah yang bukan makhluk adalah kalam nafsi iatu yang qadim lagi azali.
Sebab itu asyairah membolehkan berkata ALQURAN ITU MAKHLUK ketika mengajar ( hehehe agak beradab sikit daripada muktazilah)
Jelas beza sekali antara ahlisunnah dan asyairah.
salam sedara sam..
mula2 kata asyairah bersalhn dgn ahli sunnah..tp lps dijelaskn oleh ust admin..nmpk sgt sedara xfhm lngsung antara rukun & syarat iman..lps kalah hujah tu..timbul plk isu abu talib..dan skrg isu al-quran makhluk@x plk..huhuhu..nmpk sgt sedara ni ketandusan ilmu..tp ttp nk tegakkan fhmn wahabi..
hny org bodoh & taasub dgn wahabi je akan rs takjub & btl dgn jwpn2 sedara tu..wlupn jwpn sedara mcm bdk2 je..huhuhu..
satu lg..kan sedara kata asyairah bkn ahli sunnah..tp knp guna ktb syeikh daud fatani..kan dia asyairah..huhuhu..xkan ketandusan ilmu smpi kena guna ktb2 ulama asyairah kot..hahaha..
trm ksh…
wsalam sedaraku exwahabi
saya bukan pegang kitab daud fatani.. saya beli buat rujukan.. bukan macam orang asyairah, buat komentar tapi tak baca kitab penulis…
bak kata, orang asyairah nii ibarat menembak membabi buta.. ntah2 sape2 je yang ditembak. orang tak cakap dia kata cakap.. sasaran tak tentu hala
hehehe, jangan marah ye adikku exwahabi.
lihat gelagat exwahabi nii, lucu jugak, macam pasukan sorak pompom..walaupun saya tak dapat apa2 maklumat daripada saudara exwahabi, sekurang2nya terhibur juga hati ini.. terima kasih saudaraku exwahabi.. dapat pahala tuu hiburkan orang.
tuan admin dan tuan sudin nampak jugak hujahnya. juga terima kasih..
jgn risau sy xmrh pun..sbb sy rs kata2 sedara mcm terkena kt atas batang hidung sedara sendiri..huhuhu..wlupn sy mcm pasukan sorak..tp apa yg jelas di sini..sedara xdpt mendatngkn hujah kebenaran..tp pndi putar2 ayat & tukar2 topik bg memadamkn kelemahan sedara sbg pendokong wahabi..semua org yg baca tulisan sedara di atas tu..pasti akan melihat sedara bagaikn cacing kepanasan..kesian2..huhuhu..
salam…
nmpaknya sedara sam sunyi sepi jer..
assalamualaikum wahai umat islam yang mulia,,, saya lutfi ingin banyak bertanya mengenai pendidikan agama islam,,, sesiapa yang sudi mengajar, tolong mesej pada no saya ini 0107137283,,,