Firman Allah Taala bermaksud:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).
Menurut para ulama, riba ialah kontrak yang dimenterai sebagai pertukaran barangan tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai, pertukaran ini tidak diketahui kesamataraannya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. Adapun Riba yang diharamkan ini ada dua jenis iaitu: Riba Nasiah dan Riba Fadl. Riba Nasiah bermaksud: Riba dengan penundaan pembayaran. Riba ini juga boleh dinamakan dengan Riba Ajal. Riba Fadhl pula bermaksud: Riba dengan melebihkan atau menambah sesuatu. Manakala mazhab Shafie menambah Riba Yad yang bermaksud: Riba dengan penangguhan penyerahan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda. (Surah Ali-Imran: Ayat 130).
Fokus saya pada tulisan ini bukanlah untuk menerangkan hukum riba kerana saya pasti bahawa semua orang sudah sedia maklum bahawa riba hukumnya adalah haram. Namun penulisan ini saya ingin fokuskan mengenai bahaya-bahaya dan kesan buruk pengambilan dan pengamalan riba terhadap individu, masyarakat dan negara. Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia. Rasulullah S.A.W. juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka jika kamu tidak mengejakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya menyatakan perang terhadap kalian. (Surah al-Baqarah: Ayat 279).
Dari Jabir R.A. berkata bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama. (Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).
Di antara kesan buruk riba terhadap individu adalah melahirkan individu bersikap ego. Pelaku riba hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan memikirkan perihal diri sendiri sahaja. Sikap ego ini akan menghilangkan semangat pengorbanan dalam mendahulukan orang lain serta akan lenyap erti kasih untuk menjaga kebajikan kepada sesama masyarakat maka akan pudarlah ikatan persaudaraan antara sesama manusia. Pelaku riba umpama binatang yang buas. Di dalam kehidupan seharian, fikiran mereka hanyalah berlegar-legar di sekitar untuk mengumpulkan harta kekayaan dan menghisap darah saudara seagama mereka sendiri. Riba juga akan menghilangkan nilai kemuliaan dan rasa kasih sayang dan menggantikannya dengan sifat tamak dan serakah padahal sifat tamak adalah dari bangsa Yahudi yang menyebarkan riba dalam masyarakat di dunia ini.
Adapun bila ditinjau dari sudut ekonomi, bahaya riba itu sangat nyata dan jelas kerana ia membahagikan manusia menjadi dua kelompok: Kelompok yang hidup dalam kemewahan dan kelompok yang terjerumus dalam kefakiran.
Kelompok yang hidup dalam kemewahan ini bersenang-senang dengan hasil keringat orang lain. Masyarakat tidak pernah mendapat manfaat dan keuntungan daripada kemewahan mereka. Mereka telah merampas hasil susah payah orang lain dengan kejam melalui amalan riba. Dengan demikian para pekerja akan mula menganggur dan pertumbuhan ekonomi menjadi lumpuh kerana orang-orang yang tamak itu hanya menunggu keuntungan yang melimpah tanpa melakukan usaha. Kelompok yang terjerumus dalam kefakiran ini pula adalah orang yang membanting tulang dan bekerja keras sedangkan hasil usahanya dinikmati oleh para pemilik harta. Dengan itu akan muncul bibit-bibit perpecahan dan pertentangan di antara kedua-dua kelompok tersebut. Dari sini jugalah telah terbit aliran yang disebut sebagai kapitalisme dan komunisme.
Ditinjau dari aspek kemasyakatan, riba akan melahirkan rasa permusuhan dan kebencian antara anggota masyarakat. Riba juga menjadi penyebab hilangnya ikatan-ikatan kemanusiaan dan persaudaraan di pelbagai peringkat masyarakat serta akan menghancurkan prinsip-prinsip belas kasihan dan kebaikkan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah Taala menyatakan perang terhadap para pelaku riba dan memberikan peringatan bahawa Dia akan menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya serta akan melaknat pelakunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Allah memusnahkan (keberkatan riba) dan menyuburkankan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa. (Surah al-Baqarah: Ayat 276).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan. Salah satu di antaranya: Memakan riba. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebahagian besar bank-bank konvensional di Amerika Syarikat dan Eropah berada di bawah pengendalian Yahudi. Apabila mereka dapat menguasai ekonomi negara-negara tersebut maka secara tidak langsung mereka juga turut menguasai politik. Walaupun bilangan mereka amat sedikit di dunia ini tetapi dengan harta kekayaan yang mereka miliki itu, mereka dapat membuat negara-negara itu menjadi sekutu mereka dalam melakukan kezaliman terhadap umat Islam di serata tempat. Dengan penguasaan ekonomi ini jugalah mereka boleh menguasai pemerintahan sesebuah negara itu. Sesiapa yang tidak sependapat dengan kejahatan mereka akan dihancurkan bahkan dibunuh seperti yang berlaku kepada bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy.
Umat Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam. Bank-bank juga disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini. Umat Islam mesti bangkit untuk menghapuskan riba.
Firman Allah Taala bermaksud:
Barangsiapa yang kembali mengambil riba maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).
Artikel bertajuk Pemberi, Penerima Riba Umpama Binatang Buas telah dikeluarkan di bahagian Agama akhbar Berita Harian pada 24 April 2009 (Jummat). Di sini (di atas) saya letakkan artikel asalnya bertajuk Bahaya Riba untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.
Capaian asal di dalam Berita Harian di sini:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20090423222544/Article
buluh.iluvislam.com
Wallahualam.

Posted in 
salam ustaz shidi..,wahhh!hebat anta skrg ni..artikel blh msk akhbar..,teruskn usaha anta utk berdakwah..,,,
Syabas di atas penerbitan articles anda di dalam surat akhbar..bravo
Assalamualaikum Warahmatullah.
Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komentar di blog ini.
Wallahualam.
Riba memang sangat berbahaya….maka berhati-hatilah
salam..tahniah..trskn usaha anda..
salam ziarah>>
betul tu.. perbuatan riba harus di cegah dalam stp perbuatan kita.
kerna itulah kita harus berwaspada dalam stp tindakan yg kita lakukan dlm sedar ataupun x.
oleh itu.. buat lah pelaburan di bawah Islamic..
Assalamualaikum Warahmatullah.
Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komentar di blog ini. Segala komentar amatlah dihargai.
Wallahualam.
salamun ‘alaykum ustaz,
saya mendapati terdapat sesetengah pengkaji spt Dr Imad-ad-Dean Ahmad, Presiden Minaret of Freedom Institute telah memberi intepretasi baru ttg riba, beliau berhujah bahawa riba bermaksud kadar faedah yg terlalu tinggi sehingga menindas pengguna, manakala kadar faedah yg bersesuaian dgn kadar di pasaran dan tidak menindas tidak boleh dikategorikan sbg riba.
ada juga dlm kalangan puak kapitalis yg menggunakan hujah bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman I, Sheikh-ul-Islam pada waktu itu, Ebusuud Effendi, membenarkan yayasan-yayasan amal kebajikan mengutip faedah.
Jadi apa pandangan ustaz ttg persepsi2 puak kapitalis ini?
Waalaikumussalam Warahmatullah.
Maaf kerana lambat untuk menjawab kembali.
Menurut Bahasa Arab bahawa riba merujuk kepada lebihan, penambahan dan perkembangan.
Firman Allah Taala:
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan supaya bertambah kembangannya di dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan berkembang di sisi Allah.
(Surah al-Rum: Ayat 39).
Pohon maaf kerana saya tidak pernah membaca takrifan riba dari beliau secara menyeluruh. Pada saya mungkin yang dimaksudkan dengan faedah yang sedikit itu sebagai wang pengurusan dan perkhidmatan.
Wallahualam.
Salam
DBP ada menterjemahkan buku karangan seorang ilmuan terkemuka. maaf saya lupa tajuk dan pengarangnya. kalau tak silap afzal ur rahman. Ada 4 jilid kalau tidak silap.
Dalam buku berkenaan terdapat perbahasan yang pada saya lengkap termasuk hujah-hujah mereka yang menerima bunga yang sedikit bukanlah riba, ada juga pendapat yang mengatakan bukan riba disebabkan perubahan tempoh masa dan masalah liquidity bagi pemilik wang.
Apa pun pandangan yang diberikan, definisi riba adalah jelas iaitu pertambahan atau lebihan yang wujud akibat daripada transaksi hutang atau qard. Maka setiap lebihan walaupun sedikit ianya haram.
Apa yang dilakukan bank-bank islam di Malaysia sekarang, lebihan yang ada dikira sebagai caj atau ujrah dengan syarat-syarat tertentu. Ramai orang yang mengatakan bank konvensional dan bank islam sama saja sedangkan tidak. dari sudut istilahnya bank islam menggunakan islamic financing dan bukannya loan.
loan adalah jelas pembiayaan berasaskan hutang tetapi financing boleh jadi distrukturkan dalam pelbagai bentuk menggunakan instrumen2 kewangan islam yang ada masa kini. wallahua’lam
persoalannya, bagaimana kerajaan mahupun kita sendiri nk hapuskan riba. ptptn pn mengamalkan riba. skrg nie sy bdepan dengan hutang telekom yg sy sendiri xtau ape yg menyebabkan pertambahan pada bil saya seangkan hampir setahun yg lalu telefon rumah saya tidak boleh digunakan. mereka mengambil keuntungan ats angin sedangkan kita tau bahayanye riba. bknkah keuntungan yg diwar2kan itu adalah haram. menindas org yang tidak berkemampuan seperti saya. tidak hairan lah org kaya semakin kaya dan org miskin bertambah miskin!
salam ustaz.nk mntak izin utk copy artikel kt atas…
benar… sy sndri trpragkap dgn urusan riba… sy amat mnyesal dn skdar mmpu brdoa kpd Allah spya mgmpuni dosa2 sy dn arwah bapa sy ( pnjmn kereta dn rumah )… sy sndri msih trbeban dgn ptptn, sy skdar niat untuk mmbyar apa yg sy hutagkan… ttpi amat mnyesali krn mnjdi sbhgian sistem riba,subhanallah…Sbgai prtnyaan bgaimana pula dgn pndpt Sheikh Imran Hosein mgnai back door riba oleh prbnkan Islam?
salam.
loan peribadi y menggunakan kontrak jualbeli inah (bai inah) yang digunakan oleh bank2 di malaysia adalah haram dan terdapat unsur riba hutang.. dan hakikatnya ia adalah hutang.. ramai yang tak faham apa itu bai inah.
loan bank guna kontrak bai inah terdapat unsur riba.. contoh
konsep bai inah ialah : A beli barang dpd B secara hutang, kemudian A jual balik barang tersebut kepada B secara tunai dengan harga yang lebih rendah.
contoh amalan bank;
A beli lot drpd BANK dengn harga RM10K secara hutang. kemudian A jual semula LOT TERSEBUT kepada BANK dengan harga RM6K secara tunai..
Maka A dapat duit tunai RM6K dan dalam masa yang sama dia berhutang dengan BANK sebanyak RM10K dan membayarnya secara ansur.
Lot itu pula kekal jadi milik BANK.
jika saudara2 perhatikan, hakikatnya sama dengan loan iaitu A pinjam RM6K daripada Bank dan perlu bayar balik sebanyak RM10K.. ribanya adalah sebanyak RM4K.
bai inah ini haram kerana
1.peminjam disyaratkan menjual semula lot kepada bank… syarat ini menjadikan kontrak bai inah haram.. (kalau tak loan tak lulus)
2.lebihan RM4k adalah riba hutang.
3.bai inah digunakan sebagai helah menghalalkan riba.
4. jumhur ulama mengharamkan bai’ inah.
wallahu a’lam