Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

96 Responses to “Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi”

  1. Lelah sekali baca tulisan-tulisan ini. ana cuma punya satu permintaan, Tolong jelaskan seperti apa pemahaman antum tentang Wahabi dan siapa ulama yang dirujuk mereka? DiIndonesia, mayoritas umat islam adalah Muhamadiyah, Ormas ini didirikan Ahmad Dahlan, dan kata wahabi tidak asing bagi kami.

    Dari paparan yang antum tulis, ana berkesimpulan bahwa antum sangat membenci Wahabi, apa antum juga membenci pelopornya? antum tau pelopornya?

    Tolong penjelasannya, karena ana berfikir antum sudah mulai membuka pintu Fitnah bagi hidup antum???

    Karena ana melihat, antum cacat memberi penjelasan. karena yang ana pahami semua Wahabi di mata antum adalah sesat.

    Sebuah kaidah: Barangsiapa menuduh seseorang sesat dan tidak terbukti tuduhannya itu benar, maka si penuduhlah sebenarnya yang sesat.

    Kamipun belajar bersama Ikhwanul Muslimin disini, tapi ternyata ada orang seperti antum yang berani Mengatas namakan ulama untuk mencela suatu kelompok, berfikirlah akhi sebelum antum mendapat laknat.

    Saran ana: Berkatalah yang Baik, atau DIAM !!!

  2. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Telah terbentang didepan mata mana yang benar dan mana yang tidak benar. Tepuk dada, tanyalah hati. Tidak perlulah saya memanjangkan lagi huraian ini.

    Saudara/ri boleh melihat sendiri betapa banyak blog-blog, buku-buku, majalah-majalah dan sebagainya lagi yang disediakan untuk menjelaskan perihal Wahabi ini. Tidak perlulah saya memanjangkan jawapan saya lagi.

    Wallahualam.

  3. Taufek Suut says:

    Banyak sangat memperkatakan fahaman Wahhabi, adakah kita di Malaysia ini tulen ikut sunnah Nabi saw, saperti amalan bacaan talkin, amalan makan di rumah keluarga si mati mengadakan tahlil hari 1-7, 20, 40 dan 100 hari. Apakah di tanah suci Merkah tidak mengamal apa yang kita amal atau mereka ini Wahhabi?

  4. bulu says:

    belajar dulu bro taufek..jgn nk pndi2 cakap sebarngn..jgn ingat apa2 yg nabi xbuat semuanya salah..

  5. suzana says:

    assalamu’alaikum warahmatullah.

    Banyak la saya belajar dari pembentangan dan perbahasan di sini. Terima kasih banyak tapi saya setuju dengan pendapat yang mengatakan banyak lagi masalah lain yang perlu kita fikirkan seperti semangat perang salib yang masih sangat menebal di kalangan kawan2 kristian kita dan jarum2 zionis yang sgt halus hingga tidak nampak bahayanya. Juga masalah aktivis Islam yang tidak langsung ada ciri2 keislaman pada diri mereka. Saya masih lagi berusaha mendalami pengetahuan Islam setakat yag termampu tapi untuk selamat, berpegang lah dulu kepada perkara dasar dan kalau ada perkara baru yang timbul, lebih selamat jika bertanya pada yg arif di kalangan kita.

  6. Hamzah says:

    Salam….
    saya nampak golongan yg anti wahabi ni tak belajar ilmu dengan cukup…mustalah hadith tak kuasai, usul feqh tak mahir..masalah khilaf pun tak mahir juga…ada sekali saya dengar salah seorang ustaz yg anti wahabi ni beri ceramah di salah satu masjid …dia kata ibn taimiyah menyalahi ijma’ kerana mengatakan lafaz talak tiga sekaligus jatuh satu…apa punya ustaz lah ceramah macam tu…dia tak kaji ke perkara tu kan khilaf…bukan menyalahi ijma’!!!!dah lah kata orang sesat….tapi diri sendiri tak sedar dah sesat n ajar pulak orang ramai kat masjid dgn kesesatan…memang kalau kita tengok kat malaysia ni….ada beberapa kerat yang anti wahabi bukannya dalam sangat ilmu dia…tapi lebih bersifat dengki bila lihat orang lain lebih pada dia…insaflah…

  7. zuraidi says:

    selagi tidak melanggar sunah and al quran…tak de masalah kan nak wat…benda mcm tu pun nak kecoh2..nak buat tahlil..buat je lah..1-7, 20, 40 dan 100 hari tu dah org selelu wat cam tu..nak ikut pun boleh,tak nak ikut pun tak pe..tak salah..tak payah la nak berdebat benda2 yg remeh mcm ni….open ur mind…
    utk utz..u mmg cool….

  8. Dr. Kamaruddin Muhamad says:

    Salam semua,
    Memahami Hadith-hadith Rasulullah SAW melalui buku-buku/kitab mukhtasar adalah umpama memakan daging mentah. Seseorang akan terselamat jika hanya memakan daging yang telah dimasak oleh alim ulama’ yang muhaqiqin lagi muhadidisin. Bukannnya setakat dengar dari doktor2 yg ada PhD.

    Ana pun ada PhD dalam hadith UM tetapi masih terasa sangat cetek berbanding dengan ulama’ yang muhadisin. Mereka lebih memahami malah mampu menghafaz sehingga 100,000 hadis secara matan dan sanad.

    Budak2 Phd kat Malaysia nie mana ada yg hafaz ribuan hadith. Usahkan nak hafaz hadith, nak hafaz Quran 30 juzuk pun ada beberapa kerat ajer. Bahkan Nasir al-Bani sendiri (dlm temubual) mengaku tak hafaz hadith2 walau terer meng-index hadith2. Itu yang dimaklumkan oleh Syeikh2 ana. Anda boleh google ttg perkara ini. Nasir al-Bani adalah seorang pengindex hadith yang baik tetapi bukan ulama’ hadith. Jauh sekali Muhaddith. Betul kata tuan rumah ttg Nasir tu. Sila rujuk 40 error from al-Bani. Apa kesudahannya pada al-Bani apabila dia mendaifkan hadith Sahih al-Bukhari dan Muslim, sila google.

  9. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan komentar dan pendapat di sini. Segala kata-kata dan pandangan dari anda semua amatlah dihargai.

    Kepada Hamzah:
    Jangan terlalu cepat melatah atau menghukum jika kita juga tiada ilmu. Belajar dahulu dengan ikhlas dari para alim ulama. Rasanya tidak perlu saya memanjangkan tulisan ini lagi. Pada saya, saudara yang patut insaf terlebih dahulu.

    Wallahualam.

  10. 165 says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Terima kasih pada Ust Admin. Saya banyak juga belajar lepas follow thread ni.
    Amat mengelirukan keadaan semasa. Kalau nak rujuk para ustaz pun, lain background lain pandangannya.
    Saya berpegang dengan pandangan bahawa Islam itu sngat indah & tidak menyusahkan. Hukum menghukum itu bukan tugas kita.
    Ada cerita ‘kutu Baghdad’ yang amat sesuai bagi situasi begini yakni ‘missing the big picture’. Bagi saya tiada label dalam Islam ie. liberal, fundamentalist dsb. Kita ikut Islam seperti yang dibawa oleh Rasullullah saw termasuk Khulafa Al Rashidun. Tapi ni pun dipertikaikan. Tapi yang saya tahu adalah kesinambungan khalifah telah patah bila sekumpulan pengikut fahaman yang dinyatakan sini telah mengadakan persetujuan “you scratch my back & i will scratch yours” dengan pihak yang ingin kuasa di tanah haram. mereka pula bersatu dengan pihak British.
    Tapi jarang saya tengok orang cerita pasal ni.
    Terima kasih sekali lagi.
    Wasallam

  11. ex-wahab says:

    Berpegang kepada Ahli Sunnah, elak Wahabi cetus konflik ummah
    Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

    KITA mulakan tulisan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan dan amalannya. Mengenai Ahli Sunnah tidak perlu kita berbicara panjang sebab ia diketahui umum. Kalau hendak disebut pun kita boleh membuat beberapa kenyataan seperti istilah itu diterima pakai oleh ulama sejak awal dengan Imam Tahawi, al-Asyari, Abu Hanifah, Imam Syafie, Baqillani, Baghdadi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya sampai kepada Waliyullah al-Dihlawi dan Said Nursi bahkan Syeikh Hasan al-Banna dan Said Hawwa.

    Bagaimanapun, boleh disebut bahawa istilah itu dalam hadis Nabi SAW yang dinukil dalam ‘al-Milal wa al-Nihal’ oleh al-Shahrastani dan juga dalam hadis al-Tabarani.

    Mengenai pegangan, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.

    Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifdah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.

    Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.

    Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.

    Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.

    Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.

    Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain. Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap ‘Lailahailallah’.

    Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.

    Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.

    Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.

    Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.

    Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.

    Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.

    Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.

    Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.

    Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.

    Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.

    Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya. Berwaspadalah. Wallahualam.

  12. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Terima kasih di atas kunjungan dan komentar dari semua pihak. Saya amat hargai.

    Wallahualam.

  13. ahli sunnah says:

    Salam
    Saya nampak dakwah wahabi semakin mendapat tempat di hati masyarakat…kes Dr Asri telah melonjakkan lagi dakwah tersebut…tambahan lagi JAKIM memperakui kebenaran WAHABI…
    Saya juga lihat kekuatan dakwah WAHABI ini terletek pada hujah yang mantap dan benar2 ilmiah..sebab tu golongan profesional banyak yang terima

    3. Sya juga lihat yg mengkritik WAHABI terlalu lemah hujah dan fakta…hinggakan sijil DR Asri pun nak dikomen…memang lemah kalau macam ni…

    Sebaik-baiknya kita perlu tingkatkan mustawa ilmu masyarakat kita dengan ajar pd mereka ilmu..
    Saya cadangkan pada rakan2 hgnlah kita gunakan cara komen dan kritik peribadi.tapi ajar ilmu pada mereka/masayarakat..

  14. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    JAKIM memperakui kebenaran Wahabi? Terlalu umum kenyataan saudara/ri. Kerana saya juga pernah membaca kenyataan JAKIM tersebut. Fatwa Majlis Kebangsaan juga pernah mengeluarkan kenyataannya. Sila baca semula sampai habis dan fahami betul-betul.
    Berkenaan isu sijil Dr. Asri, sila baca semula juga. Jangan terlalu cepat melatah. Terlalu banyak penerangan telah di buat berkenaan dengan isu ini.
    Betul ke hujjah Wahabi benar-benar tepat dan ilmiah? Kenyataan para ulama muktabar lain bagaimana? Tidak ilmiah ke mereka?

    Wallahualam.

  15. Anak_Pejuang says:

    Assalamu’alaikum,

    JAKIM terima Wahhabi ? Maklumat ini tidak tepat.

    Cuba lihat perkataan yang sebetulnya :

    Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

    Hujjah yang mengkritik Wahhabi lemah? :)

    Yang ini nampaknya orang yang berkata demikian perlu menyelidik lebih lagi.

    Jemput masuk ke : Http://Jomfaham.Blogspot.Com

    Kita ada banyak jawapan dan blog ilmuwan agama yang boleh dirujuk.

  16. MSS LaWLiET says:

    Assalamua’laikum w.b.t

    Mohon izin empunya blog untuk salin-tampal artikel ini di blog saya..

    Terima kasih ^^,

  17. aemanwahyu says:

    salam..walaupun entry ni agak lame la jgk..saye nk comment..kenape wahabi bahaye?x nmpk bahaye pn..saye penah bace buku hakikat dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab..saye x nmpk pn yg slh..saye dh bace bnyk blog psl bahaya wahabi ni..tp x myakinkn la ape yg diorg tulis ni..fakta x kuat..

    nk tnye..kalo wahabi ni membahagi tauhid kpd 3..yg x wahabi ni plak pg bincang sifat 20..bila saye bace psl tauhid rububiyah,uluhiyah dan asma wassifat ni lg senang nk phm la plak ketauhidan tu..3 ngn 20..lg senang 3..yg sifat 20 tu cm same ngn 99 asma Allah je..

    mohon ustaz jelaskan..TQ..

  18. Anak_Pejuang says:

    assalamu’alaikum wbth,

    Sebelum tu nak beritahu istilah wahhabi bukan misteri :

    Dr Said Ramadhan al Buthi menyebutkan :

    Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menjelaskan tentang “Wahabi”:

    “Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab (1703-1792 M) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini”. [As-Salafiyyah: 367]

    2. لشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

    استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.

    Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”. [m/s: 105]

    3.
    الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

    Maksudnya: “Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”. [Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

    Bahaya atau tidak Wahhabi (di Malaysia khususnya) ? Sila rujuk di bawah ini bila mereka menghukum sesat kepada jemaah Islam :

    1. Menghukum Jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai beraqidah kufur secara total. :

    http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/02/apabila-al-ikhwan-al-muslimun-membuka.html

    2.
    http://wahabiah.blogspot.com/

    Blog ini ada dilinkkan oleh empunya blog MUWAHHIDUN di atas.

    Menghukum sesat kepada majoriti Ulamak dan Umat Islam yang mengikut aliran asya’iroh di Malaysia dan seluruh dunia.

    Rujuk :

    http://wahabiah.blogspot.com/2008/11/berhati-hati-terhadap-beberapa-fahaman.html

    Ini perkataannya :

    Banyak di antara penyimpangan-penyimpangan tersebut dilakukan oleh pembuat bid’ah untuk mempertahankan hujah-hujah palsu mereka dengan memperkenalkan faham-faham tertentu.

    Kebanyakan siswazah dari universiti-universiti yang ada di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam pada masa kita sekarang ini, telah terpengaruh oleh guru-guru mereka yang berpegang pada fahaman Mu’tazilah, Asy’ariyah atau Maturidiyah dalam konsep ‘aqidah dan manhaj

    3. Penulis An nawawi da blog :

    Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah

    1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

    2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

    3. http://galeriniaga.blogspot.com/

    4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
    Pendapat ekstrimnya ialah mengatakan selawat syifa’ dan nariyyah itu syirik. Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

    Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato’ Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.

  19. Anak_Pejuang says:

    5. Reply with quote Edit/Delete this post Delete this post View IP address of poster
    Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

    Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

    Jawapan Ibn Bazz:

    “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.

    (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

    Sila rujuk laman blog ini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/050-bahaya-pemikiran-hasan-al-banna-di.html

    ——–

    Apa hukum mengkafir, menghukum syirik tanpa hak kepada orang Islam yang beriman ?

    Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu’jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda’, Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa’ dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu ‘alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :

    Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra’il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A’zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a’zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.

    Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

    “Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya “

  20. Anak_Pejuang says:

    Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

    (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

    Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

    “Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

    Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya

  21. Abu Amal says:

    1 orang yang menolak tauhid Imam Abu Hassan Ashari tingatau mathuridi itu lah Wahabi

    2. Mereka juga menolak empat mazhab.

    3. yang banyak di bincang yang rantingnya. tak selesai masalah.

    pokoknya 1 dan 2 di atas

    4. golongan yang yakin ASWJ buat saja kerja islam untuk Tuhan. Kita debat tak buat kerja pun tak guna.Tuhan pun tak kenal. Syariat tonggang langgang.

    5. Kadang2 kita sama kutuk sunnah. Orang pakai serban kita kutuk. Orang bertarikat kita sama sesatkan seperti wahabi sesatkan. Ekonomi orang islam pun kita sekat seperti JAIS rapas barang Rufaqa. Arak tak rampas. Rokok kita hisab walau pun dah tahu saham yahudi dan campur arak. Selagi kita merokok jangan harap kita jadi pejuang islam. Rokok tak ada dalam kamus ASWJ( ahli sunnah wal Jamaah)

    5. Wahabi tak ada kerja lain. hentam ASWJ kerja mereka.

  22. syurim says:

    kpd semua anti wahabi…jgn dok kata sape2 sesat…carilah ilmu sebnyk mgkin

  23. Salam says:

    salam tuan2 syeikh semua terutama tuan ust. admin,

    1. insya Allah, saya berdoa kpd Allah bhw kita semua di dlm ini adalah pecinta2 kebenaran & pecinta2 ilmu yg benar. saya harap kita tidak gaduh2, hentam2 sesama kita, sebaliknya hujjah la secara bijaksana. di sini saya bukan juga mengatakan siapa benar/salah tetapi nilai lah guna tahap akal anda….

    2. di Msia, apa yg saya lihat manhaj salafi di cop sebagai wahhabi….dan pelbagai maklumat tidak benar di momok kpd mastarakat tentang bahaya wahhabi….

    mengapa begini….?
    saya nak tanya semua: siapa yg memerintah Makkah & Madinah sekarang?

    jawapan: golongan yg org gelar wahhabi….

    jadi, mana mungkin 2 tempat suci yg disucikan oleh Allah ini (tempat turunnya wahyu kpd Rasulullah SAW) diperintah oleh golongan yg sesat….?

    kalau begitu x perlu lah menunaikan haji di Makkah sbb diperintah wahhabi….boleh kah begitu? walau pun mmg terjadi kes2 jemaah haji x mahu solat/tawaf di masjidil haram sbb diaorg kata golongan sana wahhabi! masya Allah..

    2. baru2 ini pun PM kita yg hensem Pak Najib baru dpt MEDAL STAR drpd kerajaan Saudi iaitu golongan yg org gelar wahhabi, so camne tu…?
    Kenape Najib terima…?
    sbb PM kita tahu golongan yg org gelar wahhabi ni adalah sebenarnya manhaj salafi..iaitu yang cara faham aqidah islam adalah berittiba’ kepada cara faham Rasulullah SAW & para sahabat..

    3. pihak polis satu msia pun tahu psl manhaj salafi aka digelar wahhabi oleh org2 agama di Msia ni…pihak polis tidak bodoh & mereka ada intelligence mereka sendiri utk siasat hal ni….

    4. PM pun x bodo sbb dia pun tahu…cume masyarakat Msia kita ni setiap hari di MOMOK cerita2 menakutkan tentang manhaj salafi akak digelar wahhabi ini di sekolah2, jabatan2 kerajaan, masjid2, surau2, internet, tv, kuliah/ceramah agama.
    jadi siapa yg buat kerja sebar cerita ni? ini saya bukan tuduh tetapi tengok lah & siasat lah sendiri Majlis Agama kita, ustaz2 kita & orang alim kita panggil ulama itu…

    p/s: org msia lupa kah tentang Uthman El-Muhammady yg merupakan antara pengasas ajaran Tal 7 di pasir mas, kelantan yg di fatwa kan sbg ajaran sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan?
    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=243

    *di sini saya serta kan TAMBAHAN maklumat tentang manhaj salafi ini yg digelar oleh org sbg wahhabi ini..sama2 kita baca:

    Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahhabiyah
    ——————————–
    Penulis : Dr Azwira Abdul Aziz

    Siapa Dan Apa Aqidah Pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab?

    Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab At-Tamimi (1115-1206H/1703-1792M) ialah salah seorang tokoh Ahli Sunnah yang telah melancarkan gerakan dakwah islah di Semenanjung Tanah Arab untuk menghidupkan semula Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah dimatikan oleh kejahilan umat Islam dalam pelbagai aspek aqidah dan syariat. Dalam konteks ini, Yusuf Al-Qaradawi berkata:

    Maksudnya: “Adapun Imam Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab di Semenanjung Arab, yang menjadi keutamaan di sisinya ialah untuk menjaga aqidah dan batas tauhid daripada gejala kesyirikan dan khurafat yang telah mencemar serta mengeruhkan sumber dan kejernihannya. Untuk itu, beliau telah mengarang pelbagai buku dan risalah serta melancarkan gerakan dakwah bagi memusnahkan pelbagai fenomena kesyirikan … ”[2]

    Manakala Wahbah az-Zuhaili [3] pula berkata

    Maksudnya: “(Gerakan) Dakwah Sheikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kurun ke 12 hijrah (18 masehi) adalah antara suara kebenaran yang paling berani dan antara pendakwah islah, pembinaan dan jihad yang paling besar untuk mengembalikan keteguhan pegangan individu muslim terhadap manhaj Salaf, untuk memperbaharui kehidupan Islam di kalangan awam yang telah dicemari oleh (gejala) khurafat, waham, bid’ah dan penyelewengan … ” [4]

    Untuk mengukuhkan lagi bukti kebenaran pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, maka seterusnya diperturunkan kata-kata yang beliau ungkapkan dalam risalahnya kepada penduduk Al-Qasim, katanya Maksudnya:

    “Aku mempersaksikan kepada Allah dan kepada para Malaikat yang hadir di depanku, dan aku mempersaksikan kepada kamu bahawa sesungguhnya aku beri’tiqad (berpegang) dengan i’tiqad (pegangan) firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi beriman dengan Allah, para Malaikat, Kitab-Kitab, para Rasul, (Hari) Kebangkitan selepas kematian dan beriman dengan Al-Qadar (sama ada) baik atau buruk.

    Antara (ciri) keimanan dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia sifatkan DiriNya dengannya dalam kitabNya melalui lidah RasulNya Shallallahu ‘alaihi wasallam, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna) dan tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala). Bahkan aku beri’tiqad bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    Justeru aku tidak menafikan dariNya apa yang Dia sifatkan diriNya dengannya, aku juga tidak tahrifkan kata-kata (Al-Quran) dari maksud-maksudnya, aku juga tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama serta ayat-ayatNya, aku juga tidak mentakyif (menggambarkan rupa bentuk) dan tidak mentamthil (mengumpamakan makna) sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana Dia Maha Tinggi, tiada persamaan, tiada kesetaraan dan tiada sekutu bagiNya, Dia tidak boleh dikiaskan dengan makhlukNya kerana sesungguhnya Dia yang Maha Suci lebih mengetahui tentang diriNya dan yang selainNya.

    Dia yang paling benar dan paling elok percakapanNya, Dia mensucikan diriNya daripada apa yang disifatkan pada diriNya dengannya oleh para penyeleweng dari kalangan ahli takyif dan tamthil, dan (Dia juga mensucikan diriNya) daripada apa yang dinafikan dariNya oleh para penafi dari kalangan ahli tahrif dan ta’til, lalu Dia berfirman: “Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka sifatkan, dan selamat sejahtera ke atas sekelian Rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam” [5].

    Firqah najiah (berada) di pertengahan antara puak Qadariyyah dan Jabriyyah dalam bab perbuatan-perbuatanNya Yang Maha Tinggi, mereka juga berada di pertengahan antara puak Murji’ah dan Wa’idiyyah dalam bab wa’id (janji) Allah, mereka juga berada di pertengahan antara puak Haruriyyah (aliran Khawarij) dan Mu’tazilah atau antara puak Murji’ah dan Jahmiyyah dalam bab iman dan agama, dan mereka juga berada di pertengahan antara puak Rafidah dan Khawarij dalam bab Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam”.

    “Dan aku beri’tiqad (berpegang) bahawa Al-Quran itu Kalam Allah yang diturunkan, ia bukan makhluk, daripadaNya ia bermula dan kepadaNya ia kembali, Dia berfirman dengannya secara hakiki dan Dia menurunkannya ke atas hambaNya, rasulNya, pemegang amanah wahyuNya, dan juga dutaNya antara Dia dan hamba-hambaNya, (iaitu) Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

    Aku beriman bahawa Allah Maha Berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki, tidak berlaku sesuatu melainkan dengan kehendakNya, tiada suatu pun yang terkeluar daripada kehendakNya, tiada suatu pun dalam alam ini yang terkeluar daripada takdirNya dan tidak terbit melainkan melalui pentadbiranNya, tiada seorang pun yang terkecuali daripada Qadar yang dihadkan dan dia tidak melangkaui apa yang telah tertulis baginya di Lauh Mahfuz.

    Dan aku beri’tiqad dengan keimanan terhadap setiap apa yang dikhabarkan dengannya oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, berkenaan perkara yang akan berlaku selepas kematian, aku beriman dengan (adanya) fitnah kubur dan ni’matnya, dan juga (aku beriman) dengan pengembalian ruh ke dalam jasad, dimana sekalian manusia bangkit (menuju) kepada Tuhan semesta alam dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup[6], Matahari menghampiri mereka. Kemudian dipacakkan neraca-neraca penimbang amalan lalu ditimbang dengannya segala amalan para hamba. Sesiapa yang berat neraca timbangan (kebaikannya) maka merekalah orang yang beroleh kemenangan, manakala sesiapa yang ringan neraca timbangan (kebaikannya) maka merekalah orang yang merugikan diri mereka sendiri, yang kekal di dalam Neraka Jahannam. Kemudian dibahagi-bahagikan pula dawawin (buku-buku amalan), maka ada yang mendapatnya melalui tangan kanan dan ada pula yang mendapatnya melalui tangan kiri.

    Aku beriman dengan (adanya) kolam Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam di tengah-tengah laman Hari Qiamat, (warna) airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, bekas-bekas (minumannya) sebanyak bilangan bintang di langit, sesiapa yang meminum seteguk darinya tidak akan dahaga selepas itu selama-lamanya. Aku beriman bahawa titian Sirat itu terbentang di atas tebing Neraka Jahannam, (cara) manusia melintasinya mengikut kadar amalan mereka.

    Aku beriman dengan (adanya) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bahawa dialah yang pertama memberi syafa’at dan yang dibenarkan memberi syafa’at, tidak ingkar (kewujudan) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini melainkan ahli bid’ah dan golongan sesat. Namun, ia (syafa’at) tidak akan terhasil melainkan selepas keizinan dan keredhaan, sebagaimana firmanNya: “Dan mereka (para Malaikat) tidak memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredaiNya” [7]. Dia juga berfirman: “Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya” [8]. Dia juga berfirman: “Dan berapa ramaikah Malaikat di langit yang syafa’at mereka tidak sedikitpun berguna melainkan sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang Dia kehendaki dan yang Dia redhai” [9]. Sedangkan Dia tidak akan redha melainkan tauhid dan Dia juga tidak akan mengizinkan kecuali untuk ahlinya (ahli tauhid). Manakala golongan musyrikin pula, maka tiada bagi mereka habuan syafa’at sedikitpun, sebagaimana firmanNya: “Maka tiada berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang yang memberi syafa’at”[10].

    Aku beriman bahawa Syurga dan Neraka itu adalah dua makhluk, dan bahawa kedua-duanya sudah sedia wujud pada hari ini, dan bahawa kedua-duanya tidak akan binasa, dan bahawa orang beriman akan melihat Tuhan mereka dengan penglihatan mereka pada Hari Qiamat, sebagaimana mereka melihat bulan pada malam purnama, mereka tidak tertanya-tanya [11] ketika melihatNya.

    Aku beriman bahawa Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah pemutus segala Nabi dan Rasul, tidak sah iman seseorang hamba sehingga dia beriman dengan kerasulannya serta mengaku kenabiannya, dan bahawa sebaik-baik umatnya ialah Abu Bakr As-Siddiq, kemudian ‘Umar Al-Faruq, kemudian ‘Uthman Zu An-Nurain, seterusnya ‘Ali Al-Murtada, dan diikuti oleh baki 10 orang (yang dijamin masuk syurga), kemudian Ahli Badr, kemudian Ahli Syajarah, Ahli Ba’iah Al-Ridwan dan seterusnya seluruh para Sahabat radhiallahu ‘anhum, aku beristighfar untuk mereka, aku menahan diri (daripada berkata) mengenai keburukan mereka, aku diam mengenai perselisihan yang berlaku antara mereka, aku meyakini kelebihan mereka kerana beramal dengan firmanNya yang Maha Tinggi: “Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami! Ampunkanlah kami dan juga saudara-saudara kami yang terlebih dahulu beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kedengkian terhadap orang beriman, Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”[12]. Aku bertaraddi (menyebut radiallah) terhadap para isteri Nabi yang suci daripada sebarang kejahatan.

    Aku memperakui (adanya) karamah dan kasyaf bagi para wali, tetapi mereka tidak berhak mendapat sedikitpun daripada hak (ketuhanan) Allah, tidak boleh dipohon daripada mereka perkara yang hanya mampu dilakukan oleh Allah. Aku tidak memperakukan Syurga atau Neraka bagi seorangpun dari kalangan orang Islam melainkan orang yang telah diperakukan oleh Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam, cuma aku berharap (balasan Syurga) bagi orang baik dan aku bimbangkan (balasan Neraka) ke atas orang jahat.

    Aku tidak mengkafirkan seorangpun dari kalangan orang Islam dengan sebab dosa dan aku juga tidak mengeluarkannya dari daerah (agama) Islam. Aku berpendapat bahawa jihad itu berterusan bersama setiap Imam (Khalifah), (tak kira) sama ada dia orang baik atau jahat, harus solat berjamaah di belakang mereka, jihad itu berterusan semenjak Allah mengutuskan (Nabi) Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah generasi terakhir umat ini membunuh Dajjal, ia (jihad) tidak terbatal oleh kezaliman (Imam) yang zalim atau keadilan (Imam) yang adil.

    Aku berpendapat wajib patuh serta taat kepada para pemimpin orang Islam, sama ada yang baik atau yang jahat selagi mereka tidak menyuruh melakukan maksiat terhadap Allah. Sesiapa yang memegang jawatan Khalifah manakala orang ramai pula berkumpul untuk (membai’ah)nya serta mereka redha dengannya, sedangkan dia menguasai mereka dengan kekerasannya sehingga dia menjadi Khalifah, maka wajib mentaatinya dan haram keluar menentangnya.

    Aku berpendapat (wajib) menjauhi Ahli Bid’ah dan membezai mereka sehingga mereka bertaubat, aku menghukum mereka secara zahir dan aku serahkan rahsia-rahsia (hati) mereka kepada Allah, aku beri’tiqad bahawa setiap perkara baru dalam agama itu adalah bid’ah.

    Aku berpegang bahawa iman itu adalah mengucap dengan lidah, beramal dengan anggota badan dan beri’tiqad dengan hati, ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat, ia ada lebih 70 cabang, yang paling tinggi ialah syahadah La Ilaha Illallah manakala yang paling rendah ialah membuang bahaya dari (permukaan) jalan. Aku berpendapat wajib menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran mengikut apa yang diwajibkan oleh syari’at Nabi Muhammad yang suci. Maka inilah ringkasan aqidah, yang telah aku karangnya dalam keadaan minda yang sibuk agar kamu dapat meneliti apa yang ada padaku, dan hanya Allah sahajalah yang mewakili apa yang kami kata” [13].

    Demikianlah ringkasan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang sengaja penulis paparkan di sini untuk dinilai oleh para pembaca sekalian, manakah pendapat beliau yang dikatakan menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Keseluruhan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu adalah didasarkan kepada nas-nas sahih sama ada daripada Al-Quran atau As-Sunnah dan ia jelas menyamai maksud keseluruhan kata-kata Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-’Aqidah Al-Wasitiyyah.

    Justeru apabila menjelaskan kebenaran pegangan Wahabiyyah ini, ‘Abd Ar-Rahman Ar-Ruwaishid berkata:

    “Pemikiran Wahabiyyah Salafiyyah itu bukanlah suatu agama baru atau suatu mazhab baru sebagaimana yang diwar-warkan oleh seteru-seterunya. Sesungguhnya ia adalah (gerakan) menghidupkan (ajaran) agama yang sebenar, yang terhasil daripada usaha ikhlas untuk menyeru kepada pengembalian bentuk ketulenan Islam dan pengambilan hukum syara’’ daripada sumbernya yang suci. Sebagaimana ia juga menyeru kepada gerakan penyucian yang menyeluruh daripada setiap perkara kesyirikan, bid’ah, penyelewengan dan kesesatan yang diselinap masuk ke dalam pegangan agama sehingga memomokkan hakikat iman, merosakkan kemurnian agama ini serta menjauhkan penganutnya daripada kekuatan iltizam sebagai suatu pegangan dan amalan” [14]

    Kenapakah Gerakan Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab Dimomok-Momokkan Sebagai Wahabi?

    Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu benar, maka kenapakah ada usaha untuk memomok-momokkan gerakan dakwah beliau dengan gelaran Wahabiyyah itu? Jawapannya:

    Pertama:

    Wahabi atau Wahabiyyah adalah gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh Sunnah ke atas Ahli Sunnah dengan tujuan untuk memomok-momokkan usaha mereka menegakkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Gelaran ini pada mulanya dicetuskan oleh para pendukung khurafat dari kalangan orang Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu.

    Akan tetapi kesempatan ini diambil oleh pihak penjajah Inggeris untuk memburuk-burukkan gerakan dakwah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, kerana mereka bimbang gerakan itu akan mencetuskan kebangkitan dan kesedaran dunia Islam untuk menentang mereka. Buktinya, pihak Inggeris pernah menggunakan istilah Wahabi ke atas para ulama Deoband (pendukung Sunnah) yang menentang penjajahan mereka di India.[15] Sedangkan para ulama berkenaan tidak ada hubungan langsung dengan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, melainkan hubungan secara kebetulan dalam bentuk kesatuan manhaj kerana mereka berpijak di atas landasan Sunnah yang sama. Ini bermakna gelaran itu sengaja dipopularkan oleh pihak kolonialis barat untuk memburuk-burukkan sebarang gerakan yang mengancam mereka.

    Dalam konteks negara kita, definisi yang diberikan oleh individu-individu tertentu terhadap istilah wahabiyyah itu sendiri menggambarkan kefahaman dan persepsi mereka yang bercanggah, bercampur aduk dan bersimpang siur. Ada yang mendefinisikan Wahabiyyah sebagai kumpulan yang menolak Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, tawassul, syafa’at dan lain-lain [16].

    Ada yang mentakrifkan fahaman Wahabi itu sebagai amalan yang menyifatkan kebanyakan amalan sunat golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan orang Islam di Malaysia tidak perlu [17], dan ada yang mentakrifkannya sebagai satu gerakan yang bertujuan untuk memurnikan perilaku umat Islam yang telah menyimpang daripada tuntutan agama yang sebenar [18].

    Kepelbagaian definisi ini jelas menggambarkan percanggahan persepsi disebabkan perbezaan sumber dan tahap maklumat yang diperolehi. Bandingkanlah definisi-definisi ini dengan petikan kata-kata Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab di atas, seperti katanya yang bermaksud:

    “…dan aku mempersaksikan kepada kamu bahawa sesungguhnya aku berpegang dengan pegangan firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi beriman dengan Allah, para Malaikat, Kitab-Kitab, para Rasul, (Hari) Kebangkitan selepas kematian dan beriman dengan Al-Qadar (sama ada) baik atau buruk…Aku beriman dengan (adanya) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bahawa dialah yang pertama memberi syafa’at dan yang dibenarkan memberi syafa’at, tidak ingkar (kewujudan) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini melainkan ahli bid’ah dan golongan sesat”.

    Dengan kenyataan seperti ini, maka dapat disimpulkan bahawa faktor di sebalik pendefinisian Wahabiyyah sebagai kumpulan yang menolak Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, syafa’at dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah semata-mata kejahilan dan pengkhianatan.

    Kedua:

    Kembali kepada persoalan di atas, kenapa pula ada usaha dari pihak orang Islam sendiri untuk memomok-momokkan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab? Jawapannya, persepsi negatif sesetengah pihak terhadap gerakan tersebut berlaku hanya disebabkan oleh dua faktor:

    1. Kejahilan mereka tentang pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang sebenar, sedangkan pegangannya itu adalah juga pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan perkataan lain pihak yang memburuk-burukkan itu bukan sahaja tidak tahu pegangan sebenar Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, bahkan pada masa yang sama mereka juga tidak tahu apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    2. Sebahagian amalan yang dilihat sebagai bid’ah dan khurafat oleh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, tidak dianggap sedemikian oleh pihak-pihak yang memusuhinya.

    Sebagai contoh bagi faktor kedua di atas, amalan memohon hajat di perkuburan yang dianggap memiliki keramat dilihat oleh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab sebagai perkara khurafat dan kesyirikan yang mirip kepada penyembahan berhala, sedangkan amalan itu tidak dianggap sedemikian oleh sesetengah pihak yang memusuhinya. Dalam konteks ini, seorang ‘tokoh ulama melayu’ [19] semasa berkata:

    “Perbuatan melawat makam mereka yang utama dan menghadiahkan pahala amalan juga perbuatan yang mulia di sisi Ahli Sunnah, dan berdoa di makam (kuburan) orang (mati) itu, dengan barakahnya, maka doa itu boleh dikabulkan dengan segera” [20].

    Kata-kata ini jelas menunjukkan kepercayaan si penuturnya terhadap kekeramatan makam orang yang dianggap shalih, sehingga dia menganggapnya sebagai wasilah (perantara) untuk dikabulkan doa atau dengan perkataan lain dia ‘bertawassul’ dengan kubur tersebut. Orang yang mengungkapkan kata-kata seumpama ini atau yang telah biasa mengamalkan amalan seumpama itu sudah tentu tidak boleh menerima pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dalam hal berkenaan. Dalam konteks ini, Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab berkata:

    Maksudnya: “Maka sekiranya kamu sangka bahawa ini bukanlah suatu (bentuk) penyembahan berhala yang disebut dalam Al-Quran, maka ia adalah pelik kerana sesungguhnya aku tidak mengetahui seorang pun dari kalangan ahli ilmu yang berbeza pendapat dalam hal itu. Kecuali, jika berlaku ke atas seseorang itu apa yang telah berlaku ke atas golongan Yahudi dari segi keimanan mereka kepada Al-Jibt Wa At-Taghut (Syaitan)… Kenapa tidak, sedangkan sebahagian daripada mereka yang mengingkari ke atasku perkara ini dan yang mendakwa diri mereka sebagai ahli ilmu, mereka (turut) bergelumang dengan kesyirikan yang paling besar, bahkan mereka menyeru (berdoa) kepadanya. Sekiranya mereka dengar ada seorang insan yang mentajridkan (menunggalkan) tauhid, nescaya mereka melemparkan ke atasnya (tuduhan) kekufuran dan kefasikan, tetapi kami minta berlindung dengan Allah daripada (mendapat) keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah” [21].

    Oleh kerana para pendukung khurafat tiada hujah sahih untuk membuktikan kebenaran amalan bertawassul dengan kubur, selain hujah ‘dengar cakap’ kononnya ia adalah amalan mulia di sisi Ahli Sunnah, mereka tiada pilihan melainkan mengambil pendekatan ‘pertahanan hadapan’ dengan memburuk-burukkan imej Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab supaya masyarakat Islam awal-awal lagi tidak mengambil tahu dalil dan hujah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dalam persoalan itu.

    Persoalannya, pendapat siapakah yang benar? Pendapat tokoh yang mendakwa amalan tersebut sebagai mulia di sisi Ahli Sunnah atau pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang mendakwa kesepakatan para ulama tentang kesyirikan amalan berkenaan? Dalam sebuah risalah berkenaan ajaran sesat yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdapat kenyataan yang berbunyi:

    “Di antara bentuk-bentuk amalan khurafat yang berlaku di kalangan orang Islam di negara ini ialah: (a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya” [22].

    Orang yang ada sedikit kecerdikan sekali pun boleh memahami bahawa kenyataan ini adalah menepati pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dan menyalahi pendapat ‘tokoh ulama melayu’ itu. Justeru apakah boleh dikatakan bahawa para penyusun risalah terbitan JAKIM itu terdiri daripada para pengikut fahaman Wahabi, kerana mereka mengeluarkan kenyataan yang menyamai pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu, atau sebaliknya kenyataan itu mengesahkan status ‘tokoh ulama melayu’ berkenaan sebagai pendukung khurafat dan bid’ah? Jika terbukti bahawa pendapat tokoh ulama melayu itu salah, maka bagaimana dengan dakwaan beliau bahawa pendapatnya itu adalah pendapat Ahli Sunnah? Bukankah ini membuktikan bahawa dakwaan itu merupakan suatu pembohongan dan pengkhianatan ke atas Ahli Sunnah dan seterusnya merupakan pengkhianatan terhadap ajaran agama?

    Dari Manakah Asal Usul Gelaran Wahabi?

    Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan Wahabiyyah itu sangat quddus (suci) kerana ia berasal daripada perkataan Wahhab yang merupakan salah satu daripada nama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Al-Wahhab). Perkataan Wahhab itu juga sinonim dengan nama ayahnya ‘Abd Al-Wahhab, manakala namanya yang sebenar (Muhammad) menyamai nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

    Jika dilihat dari segi kesesuaian nama, sepatutnya gerakan itu digelar Muhammadi dan bukannya Wahabi, kerana orang yang dianggap sebagai pengasas gerakan itu bernama Muhammad dan bukannya Wahhab.

    Persoalannya, kenapakah suatu gerakan yang dianggap sesat itu digelar dan dinisbahkan kepada nama Allah yang Maha Quddus, dan juga kenapakah ia dinisbahkan kepada nama ayah dan bukan kepada nama sebenar tokoh berkenaan? Sebenarnya, penulis sendiri sejak sekian lama tertanya-tanya berkenaan hal ini, sehinggalah seorang sahabat mengisyaratkan kepada kewujudan sebuah risalah yang membahaskan persoalan tersebut. Risalah itu mencatatkan bahawa istilah Wahabiyyah itu pada asalnya adalah gelaran bagi puak-puak Khawarij yang muncul di kawasan Utara Afrika dan Maghribi. Ia dinisbahkan kepada pimpinan puak Khawarij kerajaan Ar-Rustumiyyah bernama ‘Abd Al-Wahhab Ar-Rustumi dan juga pimpinan puak Khawarij Al-Haruriyyah yang bernama ‘Abd Allah Ibn Wahab Al-Wasibi. Kedua-dua puak Khawarij ini muncul lama sebelum kemunculan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab [23].

    Oleh kerana ada persamaan pada nama mereka dari segi kewujudan perkataan wahhab itu, maka persamaan itu, yang lebih merupakan satu “kebetulan”, diambil kesempatan oleh para pendukung bid’ah untuk mengaitkan gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dengan puak berkenaan. Dengan memberinya gelaran puak Khawarij, maka mereka telah berjaya memburukkan imej gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kaca mata sebahagian besar umat Islam yang jahil. Akibatnya, usaha baik yang dilancarkan untuk memurnikan tauhid, membetulkan aqidah dan menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah disalah anggap sebagai gerakan Khawarij yang menyimpang daripada ajaran Islam.

    Imej gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu menjadi lebih buruk apabila para pendukung bid’ah dengan niat yang jahat sengaja mengaitkannya dengan faktor kejatuhan kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki (akan dijelaskan dalam perbincangan Tohmahan 7, insyaAllah). Manakala pada hari ini, terutamanya selepas peristiwa 11 September, istilah wahabiyyah digunakan secara negatif pula oleh media-media barat bagi menggambarkan para pendukung Sunnah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai fundamentalis, ekstrimis, pengganas dan militan agama. Apa yang menyedihkan persepsi negatif barat ini diterima pakai oleh umat Islam sendiri sehingga mereka turut memerhatikan saudara seislam mereka melalui kaca mata barat. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah.
    ____________________
    [1] Dinukil dan diubahsuai oleh penyusun daripada buku Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar oleh Dr Azwira Abdul Aziz, Syarikat Jahabersa, Johor, ms. 103-130.
    [2] Al-Qaradhawi, Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh al-Alawiyyat, maktabah Wahbah, Kahera, 1996, hal. 263.
    [3] Ulama masyhur dari Syria yang mengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, sudah diterjemah atas judul Fiqh dan Perundangan Islam dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
    [4] Wahbah Az-Zuhailiyy, Ta’aththur Ad-Dakwah Al-Islamiyyah Bi Dakwah Ash-Sheikh Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab. Dalam : Said Al-Fawaid, atas talian: http://saaid.net/pfv.php..
    [5] As-Saffat : 180-182
    [6] Abd Allah Ibn Muslim Ibn Qutaibah, Gharib Al-Hadith, Tahqiq: ‘Abd Allah Al-Jaburi, Matba’ah Al-’Ani, Baghdad, Iraq, 1397H, 1: 558
    [7] Al-Anbiya’, 21: 28.
    [8] Al-Baqarah, 2: 255
    [9] An-Najm, 53: 26
    [10] Al-Muddaththir, 74: 48
    [11] Muhammad Ibn Mukrim Ibn Manzur, Lisan Al-’Arab, Dar Sadir, Beirut, Lubnan, t.th, 12: 358.
    [12] Al-Hasyr, 59: 10.
    [13] Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Muallafat Sheikh Al-Imam Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Tahqiq: ‘Abd Al-’Aziz Zaid Ar-Rumi, Muhammad Baltaji, Sayyid Hijab, Jami’ah Al-Imam Ibn Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi, t.th, 5: 8-11.
    [14] ‘Abd Ar-Rahman Ar-Ruwaishid, Al-Wahhabiyah: Harakah Al-Fikr Wa Ad-Daulah, hal: 10-11, dipetik daripada Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-‘Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, hal: 33
    [15] Muhammad Ibn Manzur An-Nu’mani, Di’ayat Mukaththafah Did Syeikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Majalah Al-Muqtataf, vol: 27, Hal: 295, Dalam: ‘Abd Al-’Aziz Ibn Muhammad Ibn ‘Ali Al-’Abd Al-Latif, Da’awa Al-Munawi’in Li Dawah Asy-Syeikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab ‘Ard Wa Naqd, Dar Taibah, Riyadh, Arab Saudi, 1989, Hal: 240.
    [16] Uthman Al-Muhammadi, Fahaman Wahhabi Menular, Utusan Malaysia, 26 Nov. 2005
    [17] Mustafa Abdul Rahman, Wahhabi Jejaskan Perpaduan Umat Islam, Utusan Malaysia, 27 Nov. 2005.
    [18] Mohd. Shauki Abd Majid, Siapa Wahhabi Sebenar?, Utusan Malaysia, 4 Dis. 2005
    [19] Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Uthman Al-Muhammadi
    [20] Muhammad Uthman Al-Muhammadi, Tauhid Menentang Syirik Dalam Fahaman Dan Amalan, Himpunan Kertas Kerja Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, Hal: 215.
    [21] Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 47.
    [22] Haji Mustafa Abdul Rahman, Haji Abdul Hamid Yunus, Haji Zaaba Yusof, Abdul Aziz Jusoh dan Abdul Roni Tahir, Mengenal Ajaran Sesat Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 2000, Hal: 9-10.
    [23] Muhammad ibn Sa’ad Ash-Shuwai’ir, Tashih Khata’ Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, 1413H, Hal: 4, Dalam Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 36.

  24. Anak_Pejuang says:

    Assalamu’alaikum Salam,

    Tahniah kerana memberikan sokongan kepada wahhabi. Dan sepatutnya anda ikut jugalah fatwa di Arab Saudi iaitu :

    جامع الدرر السنية 14- (375-376) : ” يقول العلماء: حسن بن حسين، وسعد بن عتيق، وسليمان بن سحمان، وصالح بن عبد العزيز، وعبد الرحمن بن عبد اللطيف، وعمر بن عبد اللطيف، وعبد الله بن حسن، ومحمد بن إبراهيم بن عبد اللطيف، وكل آل الشيخ في خطابهم:

    لا ينبغي لأحد من الناس العدول عن طريقة آل الشيخ، رحمة الله عليهم، ومخالفة ما استمروا عليه في أصول الدين، فإنه الصراط المستقيم، الذي من حاد عنه فقد سلك طريق أصحاب الجحيم. وكذلك في مسائل الأحكام والفتوى لا ينبغي العدول عما استقاموا عليه واستمرت عليه الفتوى منهم، فمن خالف في شيء من ذلك واتخذ سبيلا يخالف ما كان معلوماً عندهم ومفتىً به عندهم ومستقرة به الفتوى بينهم فهو أهل للإنكار عليه والرد لقوله

    Maksudnya:

    Seseorang tidak boleh berlainan daripada metod Al Sheikh (ahli ilmu keturunan Muhammad Abdul Wahab atau ulama’ wahabi) dan bercanggah dengan apa yang mereka (Al Sheikh atau ulama’ Wahabi) kekal berpegang padanya dalam usul agama. Ini kerana, ianya (pegangan Al Sheikh dan metod mereka) adalah jalan yang lurus yang mana sesiapa sahaja yang yang cenderung (berbeza) daripadanya (metod Al Sheikh) bererti telah melalui jalan ahli neraka. Begitu juga dalam masalah hukum-hakam dan fatwa, maka tidak boleh berlainan dengan apa yang ditetapkan dan dipegang oleh mereka dalam fatwa tertentu. Maka sesiapa yang bercanggah dalam fatwa daripadanya (fatwa-fatwa Al Sheikh) dan mengambil sikap untuk bercanggah dengan apa yang diketahui di sisi mereka (Al Sheikh/Wahabi) atau apa yang difatwakan di sisi mereka dan apa yang telah diputuskan mengenai sesuatu fatwa di sisi mereka (ulama’ Al Sheikh) bererti dia layak untuk diingkari dan ditolak perkataannya.

    [Ad-Durar As-Saniyyah 14/375-276]

    Jawapan Raja Abdul Malik bin Abdul Rahman Al-Faisal kepada watikah para Masyaikh Al Sheikh tersebut antaranya menyebut:

    فالآن يكون الأمر على ما ذكر المشايخ أعلاه، فمن أفتى أو تكلم بكلام مخالف لما عليه الشيخ محمد بن عبدالوهاب، وأولاده: عبدالله، وعبدالرحمن، وعبداللطيف، وعبدالله بن عبداللطيف، فهو متعرض للخطر ؛ لأننا نعرف أنه ما يخالفهم إلا إنسان مراوز للشر والفتنة بين المسلمين

    Maksudnya:

    “Maka sekarang, sebagaimana disebutkan oleh para Sheikh diatas: “Sesiapa yang berfatwa atau berbicara dengan perkataan yang bercanggah dengan Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab dan anak-anaknya (keturunannya): Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Lathif dan Abdullah bin Abdil Lathif, bererti sedang terdedah kepada bahaya kerana kita mengetahui bahawasanya tiada manusia yang bercanggah dengan mereka (ulama’ Wahabi dari keturunan Muhammad Abdul Wahab) bererti sedang membawa/melaksanakan keburukan dan fitnah dalam kalangan Muslimin.”

    Tahun 1339 Hijrah

    Sumber: Ad-Durar As-Saniyyah fi Al-Ajwibah An-Najdiyyah (14/377-380)

    Umat Islam yang tidak mengikut ibnu taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab serta ulamak di arab saudi masuk neraka ? Ikut Al Quran dan sunnahkah begini ?

  25. Anak_Pejuang says:

    Dr Azwira yang anda copypastekan artikelnya itu antara yang mengatakan orang yang mengamalkan selawat syifa’ adalah syirik. Tentu anda sudah hadam bukan artikelnya.

    Suka juga nak menasihati anda, agar berpeganglah dengan hadih/sunnah dari RasuluLlah bahawa :

    Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

    (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

    Mungkin anda patut belajar. Memang SUNNAH RasuluLLah dan para sahabatkah menghukum sesat, kafir tanpa hak kepada umat Islam ?. Sila jawab. JazakaLlah.

  26. azam says:

    perkataan wahabism adalah ciptaan
    orientalis barat untuk memecahbelahkan umat islam ..sekian

  27. fuad says:

    wahabi yg salah ni ialah wahabi yg membida’ahkan orang lain dalam masalah khilaf sahabat nabi/ulama, ini menimbulkan perpecahan jadi orang yg membida’ah tulah membuah bid’ah haram kerana memecahbelahkan masyarakat ditambah tusukan pihak orientalis/musuh untuk pecah belah masyarakat. Bagiku wahabi ni pemutar belit sikit, aku tengok artikel depa sebelum ni ada je bid’ah tapi kemudian2 lain pula ksmpln depa ni tak tetap pendirian. tengokla karangan depa…

    pesanan saya kita ikuti pesanan sahabat nabi Ibnu mas’ud r.a. kalau nak ikut orang ikutlah mereka yang telah meninggal dunia bukan yg masih hidup kerana yg hidup ni sentiasa ada ujian… asyik ubah je..tapi yg mati ada kitabnya berbagai qaul… kalau betul nak ijtihad sendiri kena gali sendiri dari kitab asalnya jangan kita taklid buku dia aje…
    Sabda Nabi S.A.W. bermaksud:

    Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.(Riwayat Tarmizi dan Ahmad).

    Wahabi salah ni yakinka dengan hadis ni …; sahabat nabi, tabien
    ,kalau ulama yg hafalberatus ribu hadis dan ada yg karang sampai 600 kitab contohnya imam suyuti kata sesuatu itu khilaf tapi ada individu tu masih nak membida’ah. cuba test/tanya individu tu sekian2 hadis kat mana , terbalikkan matan, sanad dsbgnya dia boleh jawab dak mcm imam bukhari… bagi saya, saya yakin dengan hadis Sabda Nabi S.A.W. bermaksud:
    Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi.(Riwayat Tarmizi dan Ahmad).

    dan ada yang berhujah zaman sekarang semua hadis boleh dikumpul. jawapannya, bukan soal semua hadis boleh dikumpul tapi soal kekayaan makna bahasa arab pelbagai dll.

    wallahua’lam

  28. afy says:

    Assalamualaikum,
    Ramai sangat yang pakar tentang agama islam dlm ni. Yang suka berbalah pun ramai juga.

    Saya baru saja nak memantapkan ibadat saya terutama solat dengan menghadiri kelas2 ilmu. Oleh yg demikian, saya meminta pertolongan kepada semua untuk memberitahu saya cara mandi junub yang anda praktikkan sekarang, beserta dalilnya, samada riwayat bukhari, muslim, tarmidzi, abi daud, ibnu majjah atau nasa’i. saya percaya, lain fahaman, lain caranya.

    Kenapa berlaku perbezaan cara kita beribadah? mungkin kerana kita ingkar arahan Allah untuk menuntut ilmu yang wajib dituntut iaitu ayat yang menghukumi (Al Quran), Sunah yang benar (sunah rasulullah) dan hukum faraid. Dan yang penting, jaga ISNAT nya. Bukan berguru dengan komputer atau sekadar membaca.

    Alhamdulillah, saya telah mendapat hidayah dari Allah untuk mencari ilmu agama, setelah berbelas tahun ditinggalkan sejak SPM dulu.
    (…wahai muhammad, janganlah kamu mengerjakan sesuatu sebelum didatangkan ilmunya…)

    Saya menanti jawapan cara2 mandi junub dari anda semua

  29. aburidhuan says:

    “agama Islam bermula dengan keganjilan dan akan berakhir dengan keganjilan”
    Something like that saya tak hafal hadis ini dan siapa yang tahu lebih detail tolong bantu saya.
    Biar saya pada yang ganjil asalkan dapay hidayah dan keridhaan Allah

  30. aburidhuan says:

    Kami ganjil kerana kami tak bermaulid nabi , janganlah marah kami sebab Rasullullah hanya berpuasa pada hari lahirnya dan dia tak suruh lakukan jadi kami tak buatlah.
    Sahabat dan cucunya pun tak buat dan Rasullullah suruh ikut dia dan sahabat sahabatnya , tolong jangan lah marah kami , kami tak pandai tapi kami tak nak pandai pandai.

    Kamitak bertawasul kepada wali wali dan habib habib , janganlah marah kami, sebab Rasullullah tak suruh kami lakukan macam tu jadi kami tak buatlah
    Selepas Rasullullah wafat , sahabat sahabat pun tak bertawassul jadi kami ikutlah cara sahabat.
    Lepas Khulafar Rashidin wafat tak ada pon sahabat sahabat atau tabien bertawassul kepada mereka , jadi kami pun ikut depa semua , Ada sahabat sahabat lagi hebat pada wali wali dan habib habib, dijanjikan masuk surga tanpa hisab , jadi kami ikutlah tak nak bertawssul ,
    kami tak pandai tapi kami tak nak lah pandai pandai.

    Kami tak buat majlis wirid ramai ramai untuk berzikir kepada Allah , tapi kami dzikir seorang sorang sebab RAsullullah dan sahabat tak ajar jadi kami tak ikutlah , janganlah marah kami , kami tak pandai tapi kami tak nak lah pandai pandai.

    Kami tak buat Talqin selepas mati tapi kami kami talqinkan orang nazak sebelum mati sebab kami tahu itu yang Rasullullah ajar , janganlah marah kami kami tak pandai tapi kami taknak lah pandai pandai.

    Kubur kami nanti paling tinggi sejengkal je ,Tak ada table top atau marble dan ceramic , bukan kami tak nak glamor tapi Rasullullah dan sahabat suruh kami. Janganlah marah kami ,kami tak pandai tapi kami tak nak lah pandai pandai.

    Nanti kalau kami mati keluarga kami ni korang ajar ckit , depa tak buat kenduri besar besar bagi orang masjid makan lepas baca baca dan doa doa, bukan keluraga kami tak ada duit atau pelokek tapi Rasullullah dan sahabat sahabatnya tak ajar jadi keluarga kami tak buatlah. Janganlah marah keluarga kami , kami tak pandai tapi kami tak naklah pandai pandai.

    Pompuan pompuan kami ni kolot ckit , macam gagak hitam , tutup abis tak macam pompuan pompuan Moden skarang. Kan janji pakai tudung dah ok .Kan tak ada salah pakai baju ketat, seluar ketat, pakai minyak wangi, pakai make up, cabut kening dan pakai botox. Tengok Ustazah ustazah kat TV pun dah glamor skarang
    Bukan pompan kami tak nak glamor, tak nak pakai minyak wangi, tak nak pakai baju dan seluar ketat, tak nak pakai make up, tak nak pakai botox tapi AL Quran dan RAsullullah perentah.Zaman Rasullullah dan sahabat semua pompan lagu tu jadi kami ikut. Janganlah marah kami , kami tak pandai tapi kami tak nak pandai pandai.

    KAmi tahu kami ganjil macam Alien , tak ikut keadaan semasa , kami kaku , laki laki selekeh , janggut berserabai , seluar tak cukup kain ,
    Apa nak buat Rasullullah perentah ,KAMI TAK PANDAI TAPI KAMI TAK NAK PANDAI PANDAI.

  31. aku yg xpaham says:

    salam tuan aburidhuan..
    blh aku tau x, semua yg nabi xbuat, mksdnye kita xblh buat ke?
    klu xblh buat, berdosa, bidah & msk neraka, cmne dgn para ulama yg ajar kita & buat sesuatu prkr tu? sbb setahu aku, ulama pewaris nabi.
    xkan semua ulama tu msk neraka kot?
    pelik plk aku..

  32. doel says:

    Saya baru terjumpa blog ini. Perbincangan penoh dengan emosi.
    Tempat saya bermastautin ini pada satu ketika adalah markas wahhabi tetapi mereka sangat takut dengan istilah ini lalu mereka menggelarkan diri mereka salafi, dan kadang kadang sunnah. Mereka terlalu anti mazhab dan bertaqlid buta dengan orang seperti Dr Asri.

    Pengikut wahhabi tempat saya ini masing masing menganggap diri mereka lebih hebat daripada Imam Mujtahid Mutlak sebab mereka mampu baca quran terjemahan dalam Bahasa Melayu dan mereka hafal semua sunan yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Saya lihat bila mereka hendak mempelajari cara betul ambil wudhu, mereka keluarkan hadith yang mereka hafal. Kitab fiqh yang pengikut mazhab gunakan, pada mereka bukan asal daripada nabi. Kebanyakan wahhabi ditempat saya ini juga tahfiz dan muhaddith hebat belaka, lebih hebat daripada imam Shafie. Tetapi mursyid mereka Dr Asri tentulah lebih hebat daripada keempat empat imam mujtahid digabungkan.

    Mengenai pengistiharan JAKIM yang wahhabi ini tidak sesat, ianya dibuat untuk menjaga hubungan baik dengan kerajaan Saudi dan dengan itu menjaga quota haji Malaysia.

  33. Anak_Pejuang says:

    Kamitak bertawasul kepada wali wali dan habib habib , janganlah marah kami, sebab Rasullullah tak suruh kami lakukan macam tu jadi kami tak buatlah
    Selepas Rasullullah wafat , sahabat sahabat pun tak bertawassul jadi kami ikutlah cara sahabat.
    Lepas Khulafar Rashidin wafat tak ada pon sahabat sahabat atau tabien bertawassul kepada mereka , jadi kami pun ikut depa semua , Ada sahabat sahabat lagi hebat pada wali wali dan habib habib, dijanjikan masuk surga tanpa hisab , jadi kami ikutlah tak nak bertawssul ,
    kami tak pandai tapi kami tak nak lah pandai pandai.

    Kami tak buat majlis wirid ramai ramai untuk berzikir kepada Allah , tapi kami dzikir seorang sorang sebab RAsullullah dan sahabat tak ajar jadi kami tak ikutlah , janganlah marah kami , kami tak pandai tapi kami tak nak lah pandai pandai.

    Kami tak buat Talqin selepas mati tapi kami kami talqinkan orang nazak sebelum mati sebab kami tahu itu yang Rasullullah ajar , janganlah marah kami kami tak pandai tapi kami taknak lah pandai pandai.

    —————–

    Masalah tawassul kami dah jawab di sini dengan dalil dari hadith yang sahih:

    1.http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-1.html

    2. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-2.html

    3. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-3.html

    4. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-4.html

    5. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-5.html

    6. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-6.html

    7. http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/jawapan-mengenai-tawassul-bab-7.html

    Jangan buat satu tuduhan palsu bahawa para sahabat tidak pernah buat. Mereka lebih faham sunnah dari anda.

    Mengenai majlis zikir/wirid beramai-ramai sudah dijawab di sini dengan dalil yang sahih :

    1. http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-berzikir-beramai-ramai.html

    2. http://jomfaham.blogspot.com/2010/02/hukum-zikir-secara-berjemaah-selepas.html

    Mengenai talqin sudah dijawab :

    http://almanar.wordpress.com/2009/11/03/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur/

    P/s : Pesanan saya, jika anda jahil/tidak tahu eloklah diam dari berkata sesuatu perkara yang anda tidak tahu tetapi masih tetap ingin membicarakannya. Persoalan anda sudah dijawab oleh yang tahu dan diakui keilmuannya. Dan bukan mereka itu memandai-mandai, kerana mereka berhukum dengan disiplin ilmu.

    Anda sendiri sudah memandai-mandai dengan menyatakan semua perkara yang anda sebut tidak dibuat oleh RasuluLlah dan para sahabat. Jangan berdusta di atas nama RasuluLlah, dan juga para sahabat.

  34. Anak_Pejuang says:

    Quote :

    “agama Islam bermula dengan keganjilan dan akan berakhir dengan keganjilan”
    Something like that saya tak hafal hadis ini dan siapa yang tahu lebih detail tolong bantu saya.
    Biar saya pada yang ganjil asalkan dapay hidayah dan keridhaan Allah
    ———-

    Agama Islam ganjil ? Siapa yang ajar anda untuk ambil hadith secara zahir semata-mata ? Adakah ganjil Islam itu pada penduduk dunia yang majoritinya adalah bukan Islam ? Sila beri syarahnya dari ulamak muktabar dan bukan dengan ilmu anda yang cetek itu. Terima kasih.

  35. Irul says:

    assalamu’alaikum…
    saya baru bertemu dengan blog seperti ini, pembahasan yang unik.sya suka, terimakasih.
    tapi buat saya, wahabi tidak akan egois saya kira bila mereka mau memahami dan mengerti pemahaman pemikir lain, begitu pun hal nya dengan kelompok-kelompok lain. seperti halnya saat seseorang melihat meja dari sisi depan, dia akan mengatakan bahwa panjangnya 1m, tapi berbeda dengan mereka yang memandang dari sisi samping yang mungkin akan mengatakan bahwa meja tsb panjangnya 1/2m. seandainya masing-masing mereka mau memahami bahwa mereka memandang dari sisi yang berbeda-beda, mungkin mereka tidak akan egois dalam mempertahankan pendapat masing-masing..
    terimakasih,
    wassalamu’alaikum…

  36. Muslim says:

    Assalamua’laikum.

    Bro Irul punye komen kat atas ni menariklah. Bunyi mcm org indonesia.

    Dengan penuh rendah diri nak tumpang jg beri komen. :)

    Kita semua kelompok kaum muslimin kannn. Jom pakat relax2 sket…

    Team A kata team B tak habis mengaji.

    Team B plak kata team A tak abis mengaji.

    Dah team A skola mengaji stail lain, team B skola mengaji stail lain, mmglah masing2 kata masing2 tak abis mengaji. Sbb cara paham dan sudut pandangnya lain2 (mcm bro irul ckp atas ni ceewah). Team A paham zebra tu kuda belang hitam, team B paham zebra tu kuda belang putih.

    Sampai kiamat pun takkan setel agaknya kalau terus mcm ni..

    Dr Yusuf Qardhawi ada bagi konsep yang sangat bagus untuk kita ikuti, “bekerjasama dalam hal2 yg disepakati dan berlapang dada dalam hal yang diperselisihkan”.

    Tapi apa yg kita nampak dlm suasana kita hari ni mcm, “menjauhkan diri dari apa yg disepakati dan menjumudkan minda dalam hal2 yg diperselisihkan”. Adoi.

    Bukan tak boleh bermuzakarah ilmiah, uih boleh saja, bagus.. tapi tak perlulah beremosi (ni tak refer kpd org2 kat sini tau. Org2 kat sini baik2, tak emo2, alhamdulillah).

    Kalau dlm bermuzakarah baik2 tu mula ada unsur2 emosi, tak puas hati, postpone dulu, tutup thread ke (ni refer kepada website lain tau, tuan admin jgn marah sy plak :P ). Perkongsian ilmu patutnya dalam suasana yang harmonis dan tenang, bukannya bertegang urat leher. Kita bukan kat court.

    Ikutlah mana pendapat yang diyakini benar berdasarkan ilmu masing-masing. Di akhirat, sendiri tanggung kan, kita ingat tu byk2. Sapa yang kata ini halal, tapi sbnrnya haram, dia tanggung. Sapa kata ini haram, tapi halal, dia tanggung juga…

    Sebab tu Imam Malik cukup takut beri fatwa, sepertimana disebut dlm biografinya.

    Better ckp tak tahu unless betul2 jelas.

    Mungkin lebih lunak di hati masyarakat, kalau masing2 lebih cenderung sampaikan pendapat sendiri drpd byk menentang pendapat lain. Bile ditanya ttg pendapat yg lain dr yg kita pegang, kalau kita belum cukup pemahaman, sebaiknya ucaplah “sy tidak pasti/tahu ttg pendapat lain, buat masa ini sy lebih yakin dgn pendapat yg sy ambil ini. Wallahu a’lam”.

    The best thing we can do is always to look for, ilmu dan hujah yang paling sahih, ikut kemampuan kitalah. Sapa yang dapat paham lebih baguslah. Sapa yang kurang kemampuan nak buat camna. Jgn marah2 na.

    Dot.

    Saya ni tak banyak ilmu, so tak setuju dgn saranan2 ni takpa, no problemmm. May Allah bless and grant us Jannah. Jumpa2 lah kita di syurga nanti… Amin..

    Wassalamua’laikum.

  37. skilly says:

    salam,lbih baik kita cari jalan perdamaian dgn mencari persamaan.dari situ kita akan jumpa titik penyatuannya,bila kita mula dgn bertentangan maka titik perpecahan akan bermula yg penting kita kena belajar menghormati antara satu sama lainislam menyeru kepada penyatuan dan makna islam itu sejahtera,selamat manakala mukmin pula adalah org2 yg mengamankan…..kita kena didik masyarakat utk lbih bertoleransi sesama manusia.

  38. Esmari says:

    Assalamualaikum-apa-apa sahaja itu kira betullah.Guru saya mejoriti As-Syafii saya tak nak derhaka ngan guru-guru saya,fahaman wahabi pun ada usaha mentakhrij hadis ,ambil yang soheh -soheh jee,bagus jugak .Guru -guru saya pun ramai yang wahabi,entahlah….susah nak cakap.

  39. nur says:

    assalamialikum w.b.t

    Saya tidak pandai membahaskan isu-isu agama tetapi kita tidak perlu bergaduh untuk mencari 1 kebenaran. Kebenarannya ada jika kita berpegang kepada al-Quran dan al-hadis Rasulullah s.a.w. Bukankah telah diingatkan bahawa daripada 73 golongan itu satu sahaja golongan yang akan masuk syurga iaitu, ahli sunnah wal jamaah ………Dunia ini sebenarnya telah hampir ke kemuncaknya. Daripada banyaknya jalan yang bersimpang-siur itu sebenarnya ada satu jalan yang lurus! Baliklah ke pangkal jalan agar kita tidak tersesat dan disesatkan. Takutlah kepada Allah…

    wallahua’lam

  40. nur says:

    assalamualaikum w.b.t

    maaf, kerana kesalahan ejaan pada ucapan salam

  41. salsa says:

    salam
    Wahabi mentakhrij sendiri agaknya,
    yang sesuai untuk mereka maka soheh la

    yang tak sesuai dan yang terkena pada kumpulan mereka, mereka akan kata ,,,tak pernah jumpa dan pelbagai lagi walaupun hadis itu soheh…

    subhanallah

  42. MFaizal says:

    Assalamualaikum.
    Ana nak ulas komen anak pejuang tu mungkin bermaksud,
    Pada awal Islam tiba di Makkah(Islam itu ganjil)Ramai tidak menerimanya.
    Dan pada akhir zaman nanti Islam itu akan menjadi ganjil(terpencil)semula sehingga yang mengikuti Islam dan sunnah itu sangat sedikit .Seperti mana sekarang untuk melihat perdana menteri/pemimpin yang memakai serban agak ganjil dan pelik, di akhir zaman nanti orang yang solat,menutup aurat pun akan nampak pelik. Bab wahhabi ni ana malas nak komen atas nama, hatta bukan wahhabi sekali pun kalau kita terlalu membidaahkan orang, mengkafirkan orang atas perkara2 cabang itu adalah tidak baik.

  43. Assalamualaikum…
    Terima kasih atas perkongsian mengenai Wahabi… Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk terus mengamalkan agamanya.

  44. PANAS! Bongkar siapa WAHABI di Malaysia!

    http://bit.ly/dChc9j

    Pastikan BACA SAMPAI HABIS!

  45. fahaman lama says:

    assalamualaikum semua,
    dalam soal ugama baik diikuti ulamak2 lama yang muktabar (sanad yang jelas dan kuat) .Sejarah ibnu taimiah dan abdul wahab ini adalah baru. Apa yang dapat dilihat dari komen puak-puak bergelar wahabi(setengah tu tak tahu pun dia pengikut wahabi)bahawa mereka itu adalah pengikut quran dan sunnah. Seolah-olah aliran 4 mazhab itu membuat hukum tanpa bersandar hadis dan quran. Ketahuilah bahawa bahawa hidup 4 mazhab adalah disekitar 200 hijrah bukannya 1400H. kekuatan, kefahaman dan ketulinan hadis adalah lebih sempurna walaupun tidak maksom. Timbulnya mazhab adalah kerana perbezaan kefahaman keatas sesuatu hadis ataupun quran. Berertinya bukan senang nak memahami hadis dan quran sehingga berlaku perbezaan hukum sebagaimana ujudnya mazhab. bukan setakat baca terjemahan quran dan hadis dah boleh keluar fatwa. Kadang2 lucu juga bila dia orang (wahabi) kata mengikut quran dan hadis. Sejauh mana kefahaman quran dan hadis dan sanad mana dia berguru untuk mendokong kefahaman yang dibawa oleh puak wahabi. Kesalahan yang diamalkan oleh masyarakat bukanlah kesalahan mazhab. Janganlah kerana kesalahan itu menyebabkan kita hendak beramal mengikut hadis dan quran mengikut tafsiran kita atau guru-guru kita yang sekadar memiliki sijil. Guru dahulu belajar berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun untuk menguasai berbagai-bagai ilmu. Sedangkan guru sekarang hanya belajar sekitar 5-7 tahun, selebihnya di tambah ilmu dengan pembacaan dan akan mendapat kefahaman mengikut akal dia sendiri. allahuallam.

  46. hamba allah yang cetek ilmu agamanya says:

    kepada semua intelek wahabi dan bukan wahabi …. kita umat nabi muhammad sila renungkan hadis ini
    ” Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya , akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah 9yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”
    (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani)

    jadi jom kite sume kira dah ader berapa??? so xpyah la nak pecahkan lagi kerana mmg orng islam ni akan berpecah ok hanya satu yang masuk syurga yang mnaer?? kiter pon tak tau… jadi ikut suke la ko nak ikut yang mn ok… sama sama mgaku islam tapi berpecah belah pastu cbuk nak bergaduh kat cnie … malu la kat org yang sembah patung ngan lembu …..

Leave a Reply

Powered by WordPress | T-Mobile Phones for Sale at BestInCellPhones.com | Thanks to Free Phones at iCellPhoneDeals.com, Free MMORPG Games and Fat burning furnace review