Qada dan Qadar: Bagaimana Usaha Hamba?

Assalamualaikum Warahmatullah.

 

PENGENALAN

Seorang pengunjung blog ini ada menghubungi saya melalui email beberapa hari yang lalu untuk meminta saya memberikan sedikit perbincangan dan penerangan mengenai qada dan qadar. Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

 

ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

 

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

 

ANTARA BENTUK KETAATAN

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

 

SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

 

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

 

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

 

KONSEP QADA DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

 

 

PERINGATAN

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

 

PENUTUP

 

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

 

 

 

‘Memberi dan Berbakti’

 

 

Wallahualam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

35 Responses to “Qada dan Qadar: Bagaimana Usaha Hamba?”

  1. missinn says:

    Salam..

    Jazakallah atas info menarik yang diberikan, mudah-mudahan pemahaman ini akan menjadikan kita dan diri saya terutamanya, hamba Allah yang tidak jemu berusaha.
    WaAllahualam..

  2. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    Semoga mendapat manfaat. InsyaAllah.

    Wallahualam.

  3. nurhuda_cah says:

    Assalamualaikum..

    Info yang sangat menarik..
    mudah2han kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T..

  4. Ana pernah ditanya soalan tentang membuat pilihan.

    “Allah tahu setiap apa yang bakal berlaku kepada hambaNya dan juga setiap pilihan hambaNya. Jadi apa guna kita membuat pilihan?”

    Mohon jawapan daripada orang yang lebih berilmu daripada ana. :)

  5. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    to Azree Hanifiah:

    Jawapan yang paling mudah dan ringkas tentang persoalan ini:

    Kita membuat pilihan supaya kita akan diganjarkan dengan ganjaran yang baik jika kita membuat pilihan yang baik. Dan kita akan diganjarkan dengan ganjaran yang buruk jika kita membuat pilihan yang buruk.

    Sebab itulah kita perlu membuat pilihan yang baik sahaja. Tulisan saya di atas boleh menjelaskan lagi jawapan ini.

    Wallahaulam.

  6. aisy says:

    A’kum…

    Syukran di atas peringatan tentatng kepercayaan dan mengimani Qada’ dan Qadar Allah. Sifat manusia yang tidak sempurna, tidak lepas dari sifat pelupa. Kita perlu kepada peringatan setiap masa supaya tidak leka dengan perkara yang sia-sia.

    Qada’ dan qadar adalah ketentuan Allah Taala, bukan hak atau tempat kita untuk mempertikaikan. Kita sebagai hamba dikurniakan akal untuk berusaha mencari yang terbaik, pada masa yang sama berdoa dan seterusnya bertawakal.

    Allah tidak pernah menganiaya makhlukNya, tetapi kita sebenarnya yang menganiaya diri kita sendiri.. Sama ada kita sedar atau tidak..

    Wallahua’lam….

  7. ct norihan says:

    assalamualaikum
    hm, bgus betul penerangan di atas, mmg lengkap, tapi kalau boleh saya nak minta terangkan sepertimana di atas tentang tajuk akhlak terhadap rasul..jika tidak keberatan sila email kan pd say, i’ll much2 appreciate it..thnks

  8. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    to Ct Norihan:

    InsyaAllah saya akan cuba membantu setakat termampu. Namun buat masa sekarang saya agak sibuk. Mungkin selepas dari kesibukan ini saya akan cuba menulis mengenai topik yang saudari sarankan itu.

    Wallahualam.

  9. Dusk says:

    Assalamualaikum.

    Ustaz,

    Pertama sekali, ribuan maaf diucapkan sekiranya pertanyaan saya ini adalah terlalu basic atau terpesong dari maksud sebenar. untuk pengetahuan ustaz, pengetahuan agama saya hanya sampai level spm sahaja..

    Namun begitu, saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam untuk persoalan saya di bawah ini:

    1) “Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.”

    saya kurang jelas dengan maksud perlaksanaan dan sukatan. dalam erti kata lain, adakah qada bermaksud “sesuatu yang berlaku” dan qadar bermaksud “bila ia akan berlaku”?

    2) terdapat 2 kategori qada.

    dari artikel di atas, pemahaman saya adalah seperti contoh di bawah:

    Qada Mubram: Mati pasti akan berlaku
    Qada Muallaq: dengan izin allah, kematian mungkin boleh dilambatkan/diawalkan sekiranya seseorang itu berdoa atau melakukan kebajikan.
    Qadar: Tarikh ‘baru’ kematian berdasarkan doa & usaha seseorang hamba.

    3) bagaimana pula dengan konsep loh mahfuz (tak pasti ejaan) yang menyatakan setiap manusia itu sudah ditetapkan jalan hidup dan kematiannya yang tidak boleh dilambatkan walau sesaat pun sejak dari sebelum lahir lagi. walaupun begitu, nasib dan takdir seseorang boleh diubah melainkan ajal, maut, jodoh, pertemuan dan rezeki.

    sekali lagi, ribuan maaf saya ucapkan atas pertanyaan ini. tapi, saya dah agak keliru sekarang ni ustaz.

  10. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    to Dusk:

    Pertamanya saya ingin memohon kemaafan di atas keterlewatan saya untuk memberikan maklumbalas dan perbincangan dari apa yang telah dinyatakan oleh saudara/ri.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
    Iman itu ialah bahawa engkau beriman dengan Allah Taala, para malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kemudian serta qada dan qadar baik atau buruk. (Riwayat Muslim).

    01. Qada ialah penentuan dan pengetahuan Allah Taala sejak azali terhadap semua perkara yang akan berlaku. Qadar pula ialah Allah Taala menciptakan sesuatu mengikut sebagaimana yang Dia takdirkan sejak azali.

    02. Sepertimana pemahaman saudara/ri itu adalah sama dengan penerangan saya di atas.

    03. Takdir seseorang itu adalah di Luh Mahfuzd.
    Berkata Imam Nawawi:
    Takdir boleh berubah mengikut kehendak Allah Taala dan boleh diketahui oleh para malaikatNya.

    Firman Allah Taala bermaksud:
    Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki dan di sisiNya ibu suratan amal. (Surah Ar-Radu: Ayat 39).

    Semoga menjawab persoalan saudara/ri.

    Wallahualam.

  11. ilham says:

    adakah qada dan qadar allah itu boleh berubah dgn usaha dan doa kita

  12. admin says:

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    to Saudara/ri Ilham:
    Persoalan ini telah dijawab dalam artikel di atas. Sila baca semula.

    Wallahualam.

  13. nurr says:

    salam..ustaz..

    sy sdkt cnfuse ngn cth qada muallaq..knp cthnya adlh pnjg umr..sdgkn umr ini akn bakhir ngn kmatian..

    sdgkn mati adlh qada mubram…

    sy tdk nmpk sbrg pbezaan antr kedua qada tsebut..

  14. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    Maaf lambat untuk menjawab.

    Betul. Mati pasti berlaku.
    Contoh Qada Muallaq bukan mati tetapi panjang umur.

    Wallahualam.

  15. c-tea says:

    Assalamualaikum..
    Byk website yg telah saya baca hanya mengenai topik QADA’ N QADAR.. Alhamdulillah saya semakin memahaminya walaupun ianya agak rumit utk diterima akal manusia biasa yg kurang pengetahuan agamanya.
    Saya cuba membertahu suami ttg perlunya doa dan usaha utk menuju kehidupan yg lebih baik tetapi malangnya suami hanya mensabitkan takdir atas segala sesuatu yg berlaku.Saya dan suami berada dlm keadaan rumahtangga yg hampir hancur ttp suami lgsung tidak mahu melakukan apa2 usaha utk berbaik yg mana hanya saya sahaja yg ingin mnejernihkan suasana..alasan suami..”qada dan qadar telah ditentukan,tidak ada alasan utk manusia membuat pilihan,semuanya telah tertulis apa yg telah terjadi..tunggu dan lihat apa seterusnya yg akan dihadapi oleh rumahtangga kita”..suami hanya membiarkan dengan hanya menati TAKDIR menentukan kisah akhir rumahtangga kami..kalau putus,putuslah..kalau baik,baiklah..saya sungguh kecewa dengan pemahaman suami..saya mendapat jawapan ttg TAKDIR yg diperkatakan suami ttp saya gagal utk meyakinkan suami yg sebenarnya QADA N QADAR boleh diubah dgn DOA,amalan yg baik serta usaha utk menuju ke jalan yg lebih baik..

  16. Arissa says:

    Assalammualaikum..
    Saya ingin bertanya berkenaan qada dan qadar mengenai JODOH.

    Adakah benar JODOH kita dgn siapa telah ditetapkan sejak Azali lagi? Sebab saya kurang jelas, ada yg saya baca sedangkan tuhan suruh kita memilih utk mendapatkan jodoh yg baik2 bedasarkan agama,kecantikan,ilmu dan harta.

    Dan kalo silelaki bujang sebaik-baiknya pilihla anak dara.

    Ada juga saya baca lelaki baik utk wanita baik,wanita baik utk lelaki baik. Mungkin itu berdasarkan sifat dan perangai kita, Jadi akan dpt pasangan yg sesuai dgn kita.

    Tapi kalo kata dah ditetapkan tu mcm mana pula.. Saya kurang faham kat sini.

    Dan kalo lelaki berkahwin lebih dari satu tu pun dah ketetapan juga kah dari azali dia akan berkawin 1, 2, 3 atau 4.?

    Dan sekiranya terjadi kes seperti silelaki nak kan sgt siperempuan ni. Lalu dibomohkan agar perempuan itu nak pada dia. Lalu berkahwin? Ini diklasifikasikan sebagai apa pula?

    Boleh tolong jelaskan pada saya?

  17. admin says:

    Waalaikumussalam Warahmatullah.

    Di antara perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia adalah perihal jodoh. Namun Islam tetap meraikan pilihan dan usaha kita untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
    Sila baca artikel di atas dengan teliti.

    Semua perkara yang saudara/ri sebutkan itu adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Samada dibomohkan ataupun tidak serta berkahwin empat ataupun tidak dll. Manusia diberikan pilihan dan usaha untuk memilih samada hendak memilih baik ataupun buruk.

    Ayat al-Quran al-Karim yang mengatakan lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya, terdapat ramai ulama yang mengatakan ayat itu telah dimasuhkan hukumnya (bukan tilawah).

    Wallahualam.

  18. Safiyah says:

    Salam Ustaz.

    ingin sy bertanya tentang perkaitan Qada’ dan Qadar dan perkaitannya dengan falsafah sains islam. Semoga ustaz dapat memberi sedikit ringkasan yang padat dan berisi.
    syukran

  19. abede says:

    Salam Ustaz,

    I have read many articles explaining Q&Q (Qada& Qadar ), but honestly, they all did not make sense to me. This is because of contradictory statements we are all so familiar with. Muslim appologists will try to twist and turn all kind of explanations just to make situations in compliance. Most of the time confusing and contradictory. Let me deliberate an example.
    Firstly, there is this statement where all occurrences have been preordained by Allah from the beginning of all creations and kept in the mother book Lauh Mahfuz. This in itself implies that nothing is going to change. All fixed. All planned by Allah.

    Secondly, there is this ” doa” that supposedly can change the preordained outcome, should Allah wills them. The question here is, has not Allah decided already ? ( preordained )

    So if doa can change a preordained outcome, then what is the use of preordained records in Lauh Mahfuz? And if the pre ordained outcome is not changeable , then what is the use of doa ? In furtherance to this, what is the point of having individual book of records be written in situ during the lifetime of every human beings when all records are already available ? Was it not all re already written in the Mother of Books ?

    Perhaps, if I may simply say.. isnt Q&Q is just a simple process and outcome ?
    i.e If a certain process were to take effect on respective condition, then the outcome is definitely predictable based on the underlying law of reaction under similar condition ?

    e.g , if 2 atoms of hydrogen were to be treated with 1 atom of oxygen under the correct condition, then one molcule of water will then be produced i.e H2O . This is one of the numerous laws created by Allah and many have yet to be discovered by humans. Allah has created all things including the laws of the universe and had planned the on going universal reactivities journey and determine the outcome as what Q& Q is all about. Please correct me as appropriate.
    What do you thin ustaz ?

    My appologies should this sound rather un islamic . I am a muslim.

  20. leedee says:

    Firman Allah:

    Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
    berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-R’aad : 11)

    Maka jelas dari firman Allah, membuktikan betapa Allah telah memberikan manusia suatu kelebihan iaitu kebebasan bertindak dengan kudrat yang dikurniakanNya supaya manusia dapat menggunakan kudrat ini untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik. Firman Allah ini juga bermaksud, bahawa kita TIDAK boleh menyerahkan segala hal-hal yang berkaitan dengan nasib hidup kita semata-mata kepada Allah untuk memberikan kita kehidupan yang baik. Jika inilah yang kita praktikkan, maka bila kita menemui kesusahan dalam hidup, sudah tentulah kita akan menyalahkan Allah. Sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mustahil Allah berlaku kejam kepada hamba-hambaNya yang sangat disayangiNya.

    Allah telah menganugerahkan kepada kita suatu ‘kuasa eksekutif’ sebagai bekal sementara kita hidup didunia ini, untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah dimukabumi dan juga mengabdikan diri padaNya. Hidup yang dianugerahkan pada kita ini adalah kehidupan yang “FREE WILL”. bukan dikontrol atau dikawal mutlak oleh Allah. Jika kita menganggap segalanya sudah ditentukan atau sudah ditakdirkan, mengapa pula Allah berfirman seperti diatas?

    Mengapa pula ada kitab catatan malaikat Kiraman dan Katibin dikiri kanan kita?
    Ramai yang sudah tersalah anggap tentang konsep takdir ini.

    Lauh Mahfuz
    Hakikatnya, segala apa jua yang kita fahami sebagai takdir, ketentuan, nasib dan sebagainya di seluruh alam semesta ini, memang telah diberikan ketentuan oleh Allah S.W.T dan segalanya tercatat (direkodkan)dan disimpan disebuah tempat yang kita ketahui dengan nama Lauh Mahfuz.

    Firman Allah:
    ” Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata.” (Al-An’aam :59)

    Lauh Mahfuz ini termasuk dalam perkara ghaib. Al-Qur’an menerangkannya hanya sekali sahaja dalam ayat 21-22 surah al-Burooj. Maksud ayat, “Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Qur’an yang mulia; yang tersimpan dalam Lauhul Mahfudz.”

    Imam Abul Fida’ Ismail ibn Kathir (Tafsir Ibn Kathir) meriwayatkan beberapa keterangan daripada sahabat tentang Lauh Mahfuz, antaranya :

    1. Daripada Hasan al-Basri: “Pada sisi Allah, terletak Lauh Mahfudz, dari situlah diturunkan daripadaNya kehendakNya terhadap siapa yang dikehendaki daripadaNya.”

    2. Daripada Ibn Abi Hatim, “Tiada sesuatu yang ditentukan oleh Allah melainkan ditentukan terlebih dahulu dalam Lauh Mahfudz baik al-Qur’an, apa yang sebelumnya atau yang sesudahnya.”

    Hakikat Lauh Mahfuz yang sebenarnya ialah untuk menggambarkan ilmu Allah iaitu Allah tahu segala-galanya hatta perkara yg belum berlaku. Mengetahui bukan bermakna meletakkan ketentuan mutlak yang tidak boleh diubah-ubah lagi, sesuai dengan firmanNya dibawah:

    Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

    Sabda Rasulullah SAW:
    “TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya.”

    Hadis yang ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya.

    Sekarang, saya ingin mengajak anda semua berbincang dengan lebih radikal atau dengan lebih bebas lagi tentang hakikat Takdir yang telah ditentukan, dan dicatat (direkod) di dalam Ummul Kitab yang tersimpan di Lauh Mahfuz, supaya lebih mudah kita fahami tentang hakikat yang sebenar akan takdir didalam parellel kehidupan manusia.

    Takdir adalah Basic Program

    Apa yang telah kita fahami dari penjelasan pada Surah Al-An’am ayat 59 tadi ialah, setiap manusia, apabila diciptakan Allah, telah ada ketentuan takdir yang dikhaskan untuk manusia itu, dan segalanya telah direkodkan didalam ‘Ummul Kitab’ yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Ketentuan takdir ini adalah merangkumi segalanya iaitu Rezekinya, Jodohnya, Ajalnya, Kelahirannya dan segala-galanya tentang seseorang itu.

    Marilah kita buka minda kita seluas-luasnya, dan melihat serta memahami keterangan ayat-ayat Allah dengan pandangan dari sudut berbentuk Sains. Saya melihat bahawa Ummul Kitab adalah merupakan tempat penyimpanan data untuk program setiap makhluk terutamanya manusia.

    Apabila seseorang manusia dicipta, dia memerlukan program yang khas untuk membolehkan dia hidup nyata di bumi yang fana ini . Tanpa program, kita tidak akan berupaya untuk hidup (Program needed to run into the system). Apa yang saya maksudkan ialah, setiap program (takdir) ini, sangat detail dan terperinci untuk membolehkan kita menjalani kehidupan.

    Adapun berkenaan data yang direkodkan ini, Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan (program) yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini

    Firman Allah s.w.t:

    وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

    Maksudnya: “dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (mencipta)apa yang kamu lakukan” [Al-Saffat: 96].

    Dan juga berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

    “كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

    Maksudnya: “Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].

    Contoh: Ali dilahirkan pada 21hb April 2010, detail program yang Allah berikan untuk dia sangat detail iaitu dilahirkan ditangan doktor mana, selepas dilahirkan, akan dibawa kemana, dimandikan, diazankan oleh siapa, kemudian diberikan susu, dan seterusnya, hanya Allah yang Maha mampu mencipta program yang amat lengkap dan sempurna untuk setiap makhluk ciptaanNya.

    Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

    قَالَ كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

    Maksudnya: “ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” [Maryam: 21].

    Tanpa program (Takdir) ini, mustahil manusia dapat hidup. Contohnya, jika Ali dilahirkan tanpa program, Ali cuma akan lahir dan kemudian ‘Freeze’. (Kaku dan pegun) kerana tiada apa-apa program yang diberikan padanya.

    Akan tetapi, semua program yang diberikan ini (telah dicatat/direkod) hanyalah basic program untuk seseorang itu, tujuannya adalah untuk membolehkan manusia berupaya hidup dimukabumi yang fana ini. Selanjutnya, tentang bahagia atau tidak, berjaya atau tidak kehidupan seseorang itu, manusia diberikan Free Will (Kebebasan memilih) dalam pilihan-pilihan yang dipilih sendiri oleh manusia apabila telah baligh dan sempurna akal. Maka kerana itu, Nabi S.A,W telah bersabda dgn Hadis diatas iaitu:

    TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA,tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan…

    contoh: mungkin usia Ali didalam basic programnya ialah hingga 50 tahun, akan tetapi Ali selalu berdoa supaya panjang umur, dan dia juga banyak melakukan kebajikan (seiring dengan doanya) maka data rekod didalam basic program Ali didalam Ummulkitab tentang ajalnya dipadamkan (delete) dan ditukar kepada 70 tahun.

    Begitu jugalah tentang jodoh, rezeki, kejayaan, kegagalan dan sebagainya, semuanya adalah bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. bukan kerana ditakdirkan oleh Allah. Apa yang kita ketahui sebagai takdir selama ini adalah merupakan Basic Program yang diwujudkan untuk membolehkan kita hidup, bernafas dan berdiri dimukabumi ini. Akan tetapi, kita sendiri diberikan peluang untuk menentukan sendiri masa depan dan nasib kita sendiri. Maka disinilah pula terletaknya kepentingan BerHusnuzzon sekiranya kita ingin kehidupan kita mendapat kejayaan dan dipermudahkan di dunia dan mendapat perlindungan di akhirat, sesuai dengan firmanNya:

    Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a
    (rowahu Thobarani wal hakam)
    Artinya:
    Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
    berprasangka dengan apa yang ia inginkan
    ( bukan yang ia risaukan atau khuatirkan -Hadis Qudsi :Thobarani dan Hakam).

    Selain dari itu, untuk memudahkan lagi kehidupan manusia, dibekalkan juga Hukum-hukum Alam yang membantu manusia untuk hidup seperti Hukum graviti, Hukum Tarikan dan sebagainya.
    Dan ingat lah, Allah hanya akan memberikan yang terbaik sahaja untuk semua hambaNya.

    Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

    Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir (program yang maha canggih, sempurna dan effisien). Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
    Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

    Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia. Ingatlah, sekiranya kita telah menunjukkan komitmen yang gigih dalam usaha mecapai sesuatu kejayaan atau tujuan tetapi usha kita itu tidak berjaya, ianya adalah kerana Allah mengatasi segala perancangan kita dengan tujuan untuk memberikan HANYA YANG TERBAIK UNTUK PARA HAMBANYA sesuai dengan firman Allah:

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

    NOTA : Ummul Kitab diketahui umum sebagai al-fatihah, kerana ia adalah penghulu Al-Qur’an. Tetapi Ummul Kitab yang dibincangkan disini ialah Ibu Kitab atau Kitab Induk (yang merekodkan segala urusan tentang takdir, nasib, rezeki, qada’ dan qadar, jodoh, ajal, maut dan kelahiran seperti yang difirmankan :

    وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

    Maksudnya: “dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”. [Yasin: 12]

    Berkata Ibn Kasir r.h: “Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab” [Ibn Kasir, 6/568]

  21. neija says:

    salam ustaz….
    saya ingin bertanya qada dan qadar yg berkaitan dengan jodoh….
    teman lelaki sy telah ditunangkankan dengan perempuan yang bukan pilihan nya….perempuan tersebut adalah pilihan ibunya….apabila sy suarakan pendapat untuk beri tahu tentang hubungan kami ini kepada ibunya…dia tidak mahu….teman lelaki sy hanya berserah kepada takdir tanpa mahu melakukan apa-apa usaha untuk mengatasi masalah kami ini….sy hanya mampu berdoa supaya perempuan tersebut bertukar fikiran untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka….bolehkah sy berdoa seprti itu?…apakah yang perlu sy lakukan?…

  22. fikri says:

    Assalamualaikum ,

    saya ingin bertanya tentang pendapat mazhab syafiee , maliki , hambali , hanafi berkaitan qada’ dan qadar….
    kalau boleh , tolong hantarkan jawapan kat emel saya..

  23. Zack says:

    Saya rasa benda ini sungguh memeningkan kepala…contohnya kenapa sultan brunei dan keluarganya boleh jadi kaya raya sedangkan kebanyakkan orang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Adakah sultan brunei yang ingin kehiduppanya macam tu @ Allah sendiri yang memberi kelebihan kepadanya, apa saja yang diinginkannya semua mudah diperolehi tapi contohnya saya apa yang saya inginkan sampai hari ini tak dapat lagi. Jika kita katakan usaha memainkan peranan tetapi macam mana konsep anak kepada sultan brunei sendiri dan dimana pada usia yang muda boleh memiliki apa saja yang diinginkan nyer? Adakah dia berusaha bermatian untuk mendapatkannya? Tentu sekali tidak…jadi adakah ini adil?

  24. Zack,

    Saya rasa agak cukup detail penerangan yg diberikan di atas…cuba baca. saya pun mula2 xpaham jugak ttg konsep ni, sebab tu sy search sampai sini.

    ttg contoh anak Sultan brunei tu, da qada’ & qadar Allah yang menetapkan dia lahir di dalam keluarga kaya.

    bagaimana untuk menambah atau mem’bankrupt’kan bapak die plak bergantung kepada usaha dia la. sekiranya dia joli habis2an harta bapak dia dan akhirnya jatuh miskin, adakah adil menyalahkan takdir Allah?

    “Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.”

    difahami dari ayat di atas hanya DOA (& USAHA) dapat mengubah segala takdir yang ditetapkan oleh Allah.

    betulkan saya ustaz klu salah..

  25. diana says:

    aslkm..
    sy dh bcerai dgn bks suami sy lbh krg 7bln..die dh bkhwin slps 3bln kami bcerai.sy & ank2 msh sygkn dia.sy slalu bdoa supaye die mnyesal krn mceraikn sy & dia akan kembali kpd sy & ank2 krn km amt mnyayagi & mmerlukn die..wlaupn mcm2 die dh lakukn,sy ttp sygkn die & bg sy die adalah papa yg tbaik utk ank2 sy.tiada galang gantinye…tp stlh sy bykkn mmbaca,bbagai psoaln timbul & mbuatkn sy tkt & kliru.

    persoalan sy..adakh sy mnolak takdir thn apabila sentiasa bdoa & smbhyg hjt utk die kembali kpangkuan kami..?jika ya..knp d dlm buku “LA-TAHZAN” & bbrp buku lg dsrh supaye kt jgn bputus asa & bdoa…?insya’allah ALLAH akn makbulkn..sy bnr2 rs kliru & tkt.tkt skirenye mlwn takdir thn & takut skirenye ape yg sy buat itu hanye sia2..ALLAH xkn mmakbulknye krn ianye tlh ttulis…hati sy btl2 x tenteram & tkt utk mminta kpdNYA..tlg br pjelasn utz..trm ksh..

  26. ct says:

    knp ssh sgt nk trm qada’ & qadar thn mlalui logik akl?sy slalu tfkr ttg qada’ & qadar ni..buat sy x senang ddk dbuatnye..kdg2 rs baik btawakal j…sbb sumenye dh ttulis…sy rs akk kt ats 2 pn kliru mcm sy..

  27. diana says:

    aslkm ustaz,

    sy sdh 7bln bcerai dgn bks suami sy.hmpr 3bln kami bcerai,die tlh pn bkahwin lain.wlaupn bmcm2 perkara die tlh lakukn kpd sy ttapi sy msh sygkn dia.bg sy,dia adalh papa yg tbaik utk ank2 sy.sy & ank2 sy slalu bdoa agr die kembali kpangkuan kami skluarga krn kami amat mnyayanginye & mmerlukan die.

    ttapi stlh mperbykkn pmbacaan..sy jd kliru & takut utk bdoa kpd NYA skrg.sy tkt sy mlwn takdir krn ALLAH lbh mngetahui ttg perkara yg ghaib & ape yg tbaik utk hambanye.sy btl2 kliru & tkt..tkt skirenye mlawan takdir.

    persoalan sy,adakh sy mlawan takdir apabila sy slalu bdoa & solat hajat supaya dia kembali kpangkuan kami?jika ya..knp mlalui pbacaan sy drp bbrp buah buku & slh satunye LA TAHZAN mnyuruh kt spaye jgn bputus ase & sentiasa bdoa.Insya’allah ALLAH akn mmakbulkn.tolong berikn pjelasn ustaz..sy btl2 tkt & kliru..

  28. I IBRAHIM says:

    Assalamualaikum…sya hendak bertanya sedikit soalan berkenaan ibu mertua saya yg membela hantu raya dan kini sudah berusia 65 thn.Dia masih tidak mahu menmgaku dan tidak mahu bertaubat.Apakah nasihat ustaz untuk perkara ini.

  29. sulaiman says:

    Asalam,
    qadar ialah ketentuan Allah.
    qadar ialah perlaksaan Allah berdasar ketentuanNya.

    Yang di tentukan Allah ialah peraturan segala sesuatu
    (sukatan,neraca,hisab,sunnah undang-undang).Tiada perubahan dalam peraturan ini(immutable)kerana kalam telah diangkat,kertas telah di ankat(maksud hadis).

    Qada adalah perlaksanaan segala sesuatu mengikut qadarNYa.Allah ada kuasa mutlak atas perlaksaannya,gambaran kuasa Allah (kun fayykun,suarh yasin.arahan Allah jadi maka jadi,juga saperti sekelip mata( akhir surah Alqamar)

    Qadar dan Qada adalah penyata irradat Allah, boleh dibaca (almakruah)dikaji difikir dianalisa dibuat rumusan diambil iktibar.

    Tahu qadar dapat ilmu,tahu Qada dapat maklumat,sabahagian maklumat apabila dikaji menjadi ilmu

    Kita sentiasa disuruh berusha dan berakhtiar(memilih yang baik- dari perkataan khair,dari kefahaman Dr Sy.Najib).Berikhtiar bersyarat ilmu dan maklumat,berusha atau beramal bersyaarat kesabaran(lawan hawa nafsu dan kesenangan segera(dunia)

    Hikmah barang yang milik mukmin(maksud hadis),matalamat tarbiyyah maksud ayat dua suar Aljumaah.
    Tiap muknin mestilah sentiasa berhikmah bermakna,berilmu bermaklumat dan dapat mengawal hawa nafsu.

    Ilmu Qada dan Qadar dapat di ketahui dengan pasti(untuk di yakini) tiada yang sembunyi tiada kekeliruan.

  30. syazwani says:

    alhamdulillah. InsyaAllah sy akan gnakan ilmu ini untk dkngsi smsa presentation nanti.

  31. lagendary says:

    Assalamualaikum,
    ade satu persoalan yang agak komplexs untuk dijawab,sudah ramai org alim dan ustaz yang saya tanya tapi ramai yang diamkan diri dan tidak memberi jawapan yang memuaskan dan jelas(cuma banyak memberi ketidaksamaran).hidup(lahir) dan mati adalah takdir,jika dlam satu keadaan si A mati dubunuh oleh si B,org kata si B adalah penyebab dan da ditakdirkan mati dibunuh.persoalannya,adakah si B tu memg sudah ditakdirkan untuk membunuh si A?adakah pembunuhan itu boleh dielakkan?..dan mohon penjelasan tentang qada’ dan qadar nie dalam perkataan,penerangan yang lebih baik,lebih mudah untuk difahami kalau bleh satu perkataan je untuk qada’ dan satu perkataan mudah untuk qadar.

  32. ahmad says:

    Minta penjelasan ustaz,adakah orang yang mati dibunuh masuk syurga samada dia mati sedang berbuat jahat ketika dia dibunuh,perompak contohnya kerana walau dia merompak bukankah dia ada kesedaran untuk bertaubat,dan setiap taubat diterima Allah swt..mohon jawapan..

  33. nur ahmad says:

    salam kpd semua…..

    saya ingin menjawab soalan saudari Diana pada 25/11/10, 10.18am

    terus terang saya cakap saya belum berkahwin dan mungkin apa yang saya akan perkatakan susah dan berat untuk diterima saudari…..

    Bagi saya, mungkin saudari berdoa dan mungkin bekas suami x kembali kepada pangkuan saudari tetapi banyak usaha dan doa telah dibuat…..kenapa…jadi cam ne…mungkin saudari tertanye adakah Allah x sayang aku, kenapa penceraian ini berlaku dan kenapa dan kenapa….

    saudari jangan sekali2 menyalahkan takdir tuhan ini…kita hanya hambaNya, lemah dan ilmu kita amat sedikit ttgNya dan ursanNya……

    Bagi saya, bila doa saudari x dikabulkan mungkin si suami akan berubah sikap or mungkin dia bukan untuk kita lagi (kalu diperkenankan)…mungkin Allah jadikan somebody yg lebih penyayang, lebih romantik, lebih hormat dan menghargai kita sebagai isteri dan ibu terhadap anak2nya…..

    saya rase, better saudari teruskan kehidupan dan ubah doa itu untuk sesiapa je jgn sebut nama….(mungkin kalu jodoh saudari dgn suami masih ada…mgkn akan bersama sama ada cpt or lmbt)

    berdasarkan artikel di atas Allah memberi ikut apa yang terbaik untuk kita bukan apa yang kita pinta…kerana mungkin permintaan kita itu akan mendatangkan perkara buruk or jauh dr rahmat tuhan….

    apa2 pun…..saya harap saudari akan bersabar dan terus berdoa dan terus bersangka baik dengan Allah….

    dan ingatlah…kalu lelaki itu sayng kita betapa buruknya kita dia takkan sekali2 lepaskan kita dan melukakan hati kita….

    wawahualam…… sekian

  34. bee says:

    contoh untuk kes pembunuhan diutarakan oleh saudara lagendary.

    jika diikutkan akal dan keyakinan kepada Allah, bukan lah sifat Allah jika Dia bersifat zalim.memang kematian tercatit dalam luh mahfuz kerana mati itu pasti pada satu saat ia dtetapkan tetapi kita TIDAK TAHU MASA nya, CARA nya, TEMPAT nya, samaada mati accident, dibunuh, atau natural death selagi bukan bunuh diri.

    disaat daun telah gugur untuk menandakan kematian kita, kita mungkin berada disesuatu tempat mungkin ditempat mungkin

    1. ketika swimming- Allah tetapcabut nyawa -mungkin kita lemas dalam air atau mungkin dapat diselamatkan tetapi sudah pasti jika ditentukan saat itu lah kematiannya, satu saat pun tidak dapat dilambatkan.

    2. mungkin ketika driving – Allah tetap cabut nyawanya mungkin kebetulan dengan self accident atau dilanggar .

    3.mungkin ketika tidur -Allah tetap cabut nyawanya tanpa sesiapapun menyedari

    4. mungkin ketika bergembira ( samada dalam baik atau pun maksiat)- Allah tetap cabut nyawanya.

    5. mungkin ketika lalu satu lorong gelap – dia terjatuh Allah cabut jua nyawanya atau mungkin di terserempak dengan pembunuh, jika belum masa nya mati walau disiksa dan ditikam 8 kali pasti dia hidup tetapi jika waktunya kematian telah sampai bia hanya dengan satu pukulan, Allah pasti cabut nyawanya.

    jadi apakah nasib pembunuh (let say B) tersebut?

    manusia B diberi pilihan oleh Allah berbuat apa saja dimuka bumi Allah. Allah IZINKAN . baik hendak merogol, menipu, membunuh, merompak, menyiksa atau mau jadi tuhan seperti firaun sekalipun suka hati lah dengan keiinginan dan usahanya.ganjaran buruk nya mungkin serta merta dapat balasan atau ditangguh dihari pembalasan.

    manusia B juga diberi pilihan oleh Allah boleh buat baik sperti tidak membunh, tidak merogol, tidak merompak, tidak menyiksa atau hendak jadi ustaz sekalipun dengan usaha dan keinginannya.

    dalam situasi pebunuhan tersebut ketika hendak membunuh, manusia B berniat hendak membunuh dengan menikam mangsa A.jika Allah izinkan, pembunuhan tetap berlaku dan tidak dapat dielak kerana manusia B tekad hendak menbunuh.Unless Allah menghalang dengan sesuatu.Adakah A hidup atau mati, depends on takdirnya. jika kematian nya Allah tetapkan saat itu, nasibnya matilah di tangan pembunuh B. tapi jika bukan kematian, insyaallah dia pasti hidup walaupun trauma dan menderita.

    tetapi jika pembunuh B tidak berada hampir dengan A, adakah A tidak mati. mungkin tidak jika bukan takdirnya untuk mati. atau ditangguh/dipanjangkan oleh tuhan kerana A:
    1. menghubungkan silaturahim
    2. banyak melakukan amalan baik
    3.berbuat baik kepada ibubapa

    tapi jika telah sampai kematiannya atas ketetapan dari Allah, dia tetap akan mati dengan cara apa sekali pun.

    adakah pembunuh B membunuh atas kehendak/kemahuan Allah? TIDAK.

    adakah pembunuh B membunuh atas izin Allah? YA.

    Allah mengizinkan apasaja dan Allah juga berhak untuk tidak mengizinkan.

    bolehkan pembunuh B menukarkan keinginannya untuk tidak membunuh? YA. itu adalah pilihan sendiri JIKA amenggunakan AKAL dan IMAN.

    adakah pembunuh B layak dihukum didunia? memang layak.kerana melanggar hukum agama dan hukum manusiawi diatas niat dan kesedarannya sendiri.

    tetapi ada pembunuh yang terlepas? mungkin didunia. Allah maha adil pasti ada azab menanti jika dia tidak bertaubat.

    SYURGA DAN NERAKA.

    tetapi janganlah kita jadi Tuhan mengatakan yang pembunuh B bakal masuk neraka kerana mungkin PEMBUNUH B sempAt bertaubat nasuha sungguh2 kepada Allah yang mana tiada orang pun tahu dan Allah saja yang mengetahui. apakah dia tidak dihukum atas dosa pembunuhannya? bukan hak kita menilai sesuatu yang tidak mengetahui.

    apakah mangsa A masuk Syurga? tertakluk kepada amalan semasa hayatnya samada dia juga seorang manusia yang baik kepada makluk Allah , solat, mengeluarkan zakat, berinfak dan dermawan, taat kepada Allah dan ibubapa, tidak syirik dan sebagainya.
    mungkin jua amalan tidak baik seperti tidak solat, menyakiti ibu bapa,minum arak , rasuah,sombong, tamak, kedekut, berzina, mengumpat, berdusta, mencela,riak ,tidak mempercayai tuhan, berbomoh dan bertangkal, zalim kepada manusia dan binatang, tidak bertaubat etc. wallahualam maka Allah saja yang berhak menimbang buruk baik berat amalan seseorang dan tiada siapa pun mengetahui.

    kenapa Allah membiarkan mangsa A dibunuh sekejam itu? sesungguhnya Allah sahaja mengetahui.hypothesis:

    1. mungkin A pernah berlaku salah pada hayatnya e.g. membunuh atau menyiksa manusia atau binatang, mengupah orang untuk membunuh seseorang dalam hidup seperti contoh diberi diatas hingga dia menerima nasib pembalasan sedemikan (sedikit siksaan didunia)

    2. mungkin A seorang yang baik tetapi cara Allah menghapus dosa dosa besar mangsa** supaya dia memperoleh pahala yang yang banyak diatas azab kesakitan ditanggungnya sewaktu kematian. sedangkan nabi-nabi Allah terdahulu, lelaki soleh solehah, sahabat2 nabi muhammad, para ulama2 pun ada juga yang dibunuh menurut kisah

    ** kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kecil dan besar bukan? samada khilaf atau sengaja.

    3.mungkin atas alasan lain yang saya dan anda juga tidak tahu setiap perkara ghaib yang Allah saja mengetahui.

    menambah sedikit, ada takdir yang tidak dapat diubah iaitu yang berbetuk sunatullah …some general examples seperti kuasa graviti, jika memegang sesuatu yang panas pasti tangan akan luka dan terbakar, jika berjalan tempat berkaca pasti luka, jika suka semua makanan manis (over) pasti mendapat diabetes atau gigi rosak, jika tidak exercise pasti tambah berat badan, jika makan banyak pasti kenyang,jika berjemur dibwah terik matahari pasti lah kulit akan jadi tanned/burnt, jika langsung tak baca and prepare for exam pasti gagal,jika pakai pakaian ketat menampakkan susuk badan seakan telanjang dihadapan a group of men pasti dikacau or worst dicabul, jika curang pada suami atau isteri pasti ada masalah/kemarahan dan tidak kepercayaan berlaku dalam rumahtangga,jika digigit nyamuk pasti gatal,jika makan lada mesti terasa pedas..hmmmm what else.

    apa apa pun benda tidak baik ( samada sunatullah atau tidak )mungkin terjadi atau tidak hanya atas izin Allah atau kerana permohonan perlindungan kepadaNya dikabulkan atau tidak
    sebab ini lah ada syurga dan neraka untuk menempat kan manusia baik dan jahat respectively, ada buku amalam baik dan tidak baik untuk merakam segala pilihan hidup kita yang Allah izinkan.

    mungkin seperti firman tuhan yang ada saya ingat sikit2..boleh jadi apa yang kamu sangka buruk menimpa kamu adalah sebenarnya baik untuk mu, boleh jadi apa yang kamu sangka baik menimpa mu adalh sebenarnya buruk untuk mu.dan hanya Allah yang mampu memberi TERBAIK untuk kita semua biar pun apa yang Allah beri itu pahit, pedih,menyakitkan, mendukacitakan tetapi insyallah kita ketahui kebaikan dan manfaat nya pada kemudian hari.

    FYI, saya pun ugama setakat darjah enam.tetapi saya ada menbaca untuk tambah ilmu.semoga anda faham apa yang saya faham. jika saya salah, saya minta maaf pada Allah dan semua atas kesalahan saya.

  35. rozi says:

    Salam Ustaz,

    Saya terbaca blog ini berkenaan jodoh, rezeki, dan ajal.
    Minta ustaz supaya membaca link ini dan memberi komen ustaz sebab ianya sedikit berbeza dengan jawapan yang ustaz berikan terhadap soalan2 yang dikemukakan terutamanya dalam bab jodoh.

    http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/antara-rezeki-jodoh-dan-ajal.htm

    Terima Kasih

Leave a Reply

Powered by WordPress | T-Mobile Phones for Sale at BestInCellPhones.com | Thanks to Free Phones at iCellPhoneDeals.com, Free MMORPG Games and Fat burning furnace review